Rika senyum memanjang.
Sungguh dia gembira kerana Peqdri tidak jadi diikat setelah ia berjaya dikawal.
Tetapi, seketika kemudian, dia bingung....
'Macam mana aku boleh tahu
pasal penggabungan kuasa?' Rika mulai merasa pelik. Penggabungan kuasa hanya
diajar kepada pelajar yang sudah mencapai tahap yang tinggi. Sedangkan dia? Hanyalah
seorang pelajar yang baru mengenal dunia magis.
'something is fishy
here.'
Dia berjalan di laluan yang
amat jarang dilalui orang. Dia menyentuh dinding sambil berjalan. Dia seakan
ingin mencari sesuatu. Rika hanya mengikut kata hatinya. Terkadang dia pelik, mengapa
sejak dia berada di Sferdstone, hatinya seakan ditarik-tarik untuk mendekati
sesuatu. Hatinya seolah meronta-ronta ingin mencapai sesuatu. tetapi, sesuatu
itu apa? Entahlah, dia sendiri masih belum pasti.
Tiba-tiba dia seakan
tertolak dinding itu. 'Aik.' Dinding itu terbuka dan menampakkan sebuah lorong
sederhana besar. Ia dibarisi oleh lilin di kiri dan kanan dinding tersebut. Ia
terdapat seolah asap menyelubungi laluan itu. Muncul satu lembaga putih.
"Princess.." lembaga
itu menyeru dengan nada berbisik. Dia berulang kali menyebut perkataan itu. Rika
menelan liur, tanpa menunggu lama, dia berlari ke laluan yang selalu digunakan
oleh orang ramai. Secara kebetulan, Mia sedang duduk di bangku yang disediakan
oleh pihak sekolah. Dia terus mendapatkan Mia dalam keadaan gopoh.
Mia ingin bertanya, namun dia menahan soalan
tersebut dari keluar apabila melihat Rika yang masih tercungap-cungap kesan
setelah berlari. Mia mendudukkan Rika untuk menenangkan gadis itu. Terbit rasa
cemas di dalam hati Mia.
No comments:
Post a Comment