Monday 14 January 2013

Dark's Love 6

Pagi itu, Rika pergi ke kelas dengan perasaan berdebar-debar. Bukan apa, muka dia rasa tebal semacam je. Still malu sebab kes semalam... Korang tak ingat? alaa, yang dia buat scene peluk-peluk tu (bace bab5). Okay, back to the story.

"Rika, kau okay ke? Kau macam tak sihat je. Kalau kau rasa lemah, kau balik jela, nanti aku cakap dekat cikgu kau tak sihat." Ujar Mia prihatin. Dia khuatir kerana sedari tadi Rika asyik termenung saja. Lagaknya bagaikan sedang memikirkan masalah istana.

"Aaa..... Eh takde laa, no worries, okay?" Rika cuba untuk mengusir segala kebimbangan yang mulai bertapak di hati Mia.

"Erm, yelaa.." Sekalipun muka Mia menunjukkan sebaliknya, dia tetap memenangkan sahabatnya yang satu itu.
__________________

"Ehaah, ehaah…" Kelihatan seorang lelaki yang berbadan tegap, termengah-mengah di muka pintu.

"Er, cikgu okay ke, cikgu?" ketua kelas alias pelajar yang mempunyai kuasa yang paling tinggi di dalam kelas itu, Seth, bertanya setelah Cikgu Terronce meminum air yang datang entah dari mana.

"Saya okay, saya rasa untuk kelas kali ini, kita pergi hutan laa ye, lagipun saya ada hal kejap kat hutan tu.”

"Hutan mana Cikgu?" tanya salah seorang pelajar di situ.

"Hutan Phillipy."

"Alaa, cikgu…~ hutan tu banyak nyamuk laa." Sya mula mengadu sambil buat gaya gedik-gedik dia.

"Jangan banyak cakap, jom."
__________________

Sepanjang perjalanan, semua pelajar tergaru-garu kecuali Rika, sungguh, dia pelik kerana nyamuk disitu tidak menggigitnya sekalipun dia memberi peluang (pelik laa ko nie, org suke x kene gigit, ko pelik pulak --’). Sesampainya mereka ke sebuah kawasan yang agak lapang, mereka berhenti. Cikgu Terronce mengangkat tali yang terikat diperdu pokok sebesar tiga pemeluk itu.

"Oh shit, macam mana boleh terlepas ni!"

"Apa yang terlepas cikgu?"

"Peqdri, kamu semua duduk dalam kumpulan jangan berpecah, yang perempuan, kalau kamu nampak apa-apa binatang, jangan dekat, sekalipun dia comel! FAHAM!!!" Cikgu Terronce menjegilkan matanya memberi amaran.

"Faham cikgu." Setelah Cikgu Terronce bergerak pergi, pelajar perempuan mulai terlompat takut sambil memegang tangan kawan mereka. Pelajar lelaki pula ada yang duduk, ada yang berborak, ada yang berdoa, ada juga yang sempat lagi mengeluarkan ipod shuffle. Mia duduk mencangkung dan meletakkan kepalanya di lutut. Rika pula bersandar di pokok sambil memeluk tubuh memerhatikan gelagat mereka. Tiba-tiba fokus matanya berhenti di wajah Zack yang sedang memejamkan mata sambil memegang mp4 miliknya. Muka Rika bagai disimbah air sejuk bersuhu -20 celcius gamaknya. Dia mengalihkan pandangan matanya dan terpandang seekor haiwan yang menyerupai arnab namun lebih besar dan menakutkan.

Setelah berfikir dua tiga kali, Rika melangkah ke arah binatang itu.
_______________

"Okaylah, jom kita balik akademi." Cikgu Terronce melangkah ke arah mereka dan mengumpulkan semua orang.

Mia bangun dari cangkungnya. Dia baru tersedar bahawa Rika tiada bersamanya. Dia mengangkat tangannya, ingin menarik perhatian guru yang mengajar subjek haiwan mistikal itu.

"Cikgu, Rika tak ada dekat sini." Mia memaklumkan gurunya dalam nada cemas.

"Hah, takde? Mana dia pergi?" kebanyakan pelajar di situ merungut kerana tidak dapat pulang dengan kadar segera.

"Tadi dia masuk sana cikgu." Ujar Zack sambil menunding ke arah timur hutan.

"What?!!"
___________________

Dari jauh, Rika dapat melihat Cikgu Terronce melangkah ke arah rakan sekelasnya lalu dia pun bergerak pergi. Dia membawa seekor arnab di dalam pangkuannya, arnab yang tadinya besar dan menakutkan kini berubah menjadi kecil sedikit berbanding sebelumnya namun masih boleh dianggap besar dibandingkan dengan arnab biasa.

Ketika dia berada hampir, dia dapat mendengar keluh-kesah pelajar di situ berserta suara gelisah Mia memanggil namanya sambil menangis.

"Hmmm, guys?" Rika memanggil. Dia berdiri bersandar pada pohon tadi setelah tiada yang menyedari kehadirannya. Mereka masih tidak memandang. Rika mengendong arnab tersebut.

"GUYS!!!" Rika menjerit lebih kuat. Tetapi mereka masih tidak mengendahkannya.

"GODDAMNIT, GUYS!!!!! aku kat sinilah!!" setelah itu barulah mereka tersedar kehadiran Rika.

"Rika!!!! Kau pergi mana?" meluru Mia kearah Rika pantas. Dia ingin memeluk gadis itu namun arnab itu menghalangnya. Ia mengeluarkan taring dan kukunya. Lagaknya seperti ingin mengerjakan Mia. Mia terlompat terkejut dan menjerit kecil.

Rika pula melepaskan arnab itu, tindak balas refleks. Arnab itu kembali membesar, lebih besar daripada tadi. Arnab itu bertindak seperti ingin menerkam mereka. Semua yg berada di situ kelihatan takut.

Setelah tersedar dari kejutan, Rika pantas memeluk arnab itu. Dia terpaksa melutut untuk menyamakan kedudukannya dengan arnab tersebut. dia mengusap belakang arnab itu.

"relax, she is a friend." Dia berkata seolah memujuk arnab tersebut untuk bertenang.

"Ada apa ni??" Cikgu Terronce muncul. Sebenarnya, dia baru balik dari mencari Rika, namun hasilnya amat menghampakan. Dia terkejut setelah menyedari kehadiran Rika bersama Peqdri, haiwan comel yang mampu berubah ganas sekelip mata. Hanya mereka yang rapat sahaja mampu menenangkan haiwan itu.

"Haaa, itu pun kamu, mana kamu jumpa Peqdri ni?"

"Dalam hutan?" pendek jawapan Rika. Dia telah melepaskan pelukannya, namun masih mengusap perlahan bulu arnab tersebut. Arnab itu berubah menjadi kecil kembali. Rika tersenyum riang.

"Bagi pada saya." Cikgu Terronce menghulurkan tangannya.

"Tak boleh ke kalau kite lepaskan dia?" Rika bersuara setelah dia berasa serba salah untuk memberikan arnab itu kepada cikgu Terronce. Dia yakin, Cikgu Terronce pasti ingin mengikat haiwan itu.

"Tidak!" Cikgu Terronce bersuara tegas.

"You could use magic to control it!" Rika berkata dengan matanya membulat mengharapkan Cikgu Torrence menerima ideanya.

"Mana boleh, Peqdri terlalu kuat untuk menggunakan control's power." Zack bersuara. Control's power terlalu lemah untuk mengawal Peqdri.


"Gabungkan kuasa tu dengan Mia's and Ken's power, it should be possible."