Monday 30 September 2013

Dark's Love 11


      "Hey girl, watch where we going!" Termengah-mengah Zack mengucapkan amarannya itu. Rika memegang tangannya erat sambil berlari. Dia bukanlah seorang yang rajin bersukan. Baru lari seratus meter pun dia rasa macam nak patah kaki, inikan pula dari tengah pekan ke hutan yang dituju Rika.

"Cepatlah, he may be dying there." Rika berusaha menarik tangan Zack. 'Apalah yang mamat ni makan. Dahlah lembik, berat pulak tu.'

Sebentar kemudian Rika terjatuh ke atas Zack akibat Zack menariknya kuat. Mereka terkaku seketika seperti ketika Zack memaut pinggang Rika sewaktu kejadian di hutan Maggiore.

Rika berdehem kuat seraya bangun dari riba Zack.

"Maaf. Although it's not my fault, it's my sincere apology. Cepat sikit boleh? Aku pergi dulu, nanti kau ikut je jalan batu ni." Rika segera beredar. Zack yang tadinya terkaku seketika tersenyum tanpa disedari olehnya setelah Rika direnung sehingga hilang dari pandangan matanya.
__________

"Hey, i'm back, did it reduce the pain of your wound?" Rika membuka pintu besi itu lalu mencangkung di tepi Ginnie, nama yang diberikan kepada binatang itu oleh Rika.

"Rika, what was that?" Rika berpaling ke arah pemilik suara itu. Dapat dia lihat mata Zack membulat lebih besar dari biasa.

"Ginnie," Dengan muka tidak bersalah, Rika menjawab.

"Ginnie? He's an oxygonery, Rika! I want you to stay away from it. And I demand you to do it NOW!!" Zack memasuki sangkar itu lalu menarik lengan Rika kasar.

"Lepaskan akulah. He's not that dangerous." Rika membentak namun kata-katanya bagai tidak dapat didengar Zack.

"Zack, let me off. You hurt me." Kali ini Rika merintih. Zack tidak dapat menahan dirinya apabila Rika mengatakan bahawa dirinya sakit. Zack melepaskan pegangan dan meraup mukanya. Bukan niatnya untuk menyakiti Rika, namun perasaannya memaksa dirinya untuk menjauhkan Rika dari sebarang bahaya.

Rika mengusap lengan kanannya yang ditarik kuat oleh Zack. Bibirnya dijuihkan tanda tidak puas hati.

"Jom pergi balik. Kesian pula Ginnie tinggal seorang kat sana." Rika mula menapak kembali ke sangkar. Langkahnya terhenti apabila Zack menghalang laluan.

"Kau ni kenapa?!" Rika mula merasa geram.

"Kau tu yang kenapa. Kau tak tahu ke betapa bahayanya haiwan tu? He could kill you in his one breath."

"But he didn't right? He's in hurt Zack. Couldn't you show some sympathy to him? Whatever it takes i will make sure he got all source of help he could even if it wasn't coming from you." Rika menunding jari kearah Zack dan menolak lelaki itu ke tepi. Akhirnya Zack mengalah juga (degil jugak mamat ni kan? hehehe).

"Apa yang aku boleh tolong?" Zack bertanya dengan nada yang lembut. Rika mula tersenyum dalam hati. Sebenarnya dia risau juga jikalau lelaki itu tidak ingin menolongnya. Yalah bukannya dia kenal sesiapa kat sini.

"Kau ada apa-apa cadangan tak?" Rika bertanya selepas melihat Zack yang asyik terhendap-hendap sama ada ingin masuk atau tidak. Selepas puas berfikir dia hanya berdiri di pintu itu sahaja (Tak gentleman kan??!).

"Eh, aku pulak yang nak kena fikir. Kau yang heret aku ke sini, kau yang tanya aku apa yang aku kena buat?" Zack menundingkan jarinya ke dada.

"Aku tak heret laa, aku suruh kan... Memanglah aku yang suruh kau ke sini, kau kan tour guide aku, sebab tu aku tanya kau. Kau kan 'guide' aku."

"Kau nak cadangan apa?"

"Macam mana nak bawa dia keluar dari sini?" Rika mengusap perlahan bulu haiwan itu lembut.

"I don't know. What did you expect from a third year that knows nothing about a crown's inheritance thing?"
'Budak ni memanglah, tahulah budak baru, tapi janganlah buat bebal sangat.' Kata-kata itu hanya diucapkan dalam hati Zack.

"Oh right," Rika memetik jarinya bagai mendapat idea. Dia mencapai ranting kayu yang terdapat di sekitar sangkar. Dia memasuki sangkar itu lalu melukis sebuah segi empat. Setelah selesai, dia menutup matanya perlahan-lahan. Zack melihat mulutnya terkumat-kamit bagai membaca mantera.

'She couldn't be a Shfochus, could she?' Kabus putih mulai muncul. Bagai pertunjukkan magis, Haiwan itu hilang seperti ditelan kabus. Terbuntang mata Zack.

"How did you do that?"

"What did I do?" Rika menilik tangannya. Sungguh dia sendiri tidak mengerti apa yang berlaku.

"I don't know."

"Okay, first, let's go home. I don't think my mind could generate anything more."

"Good idea. Let's go!" Mereka pergi dari situ seberapa segera yang boleh.

Saturday 28 September 2013

Gaya Baru...

Lamakan saya menghilang..hehe..jangan marah..saya pergi menuntut ilmu.hasilnya, penulisan saya ada gaya baru,right??

In this post,I really hope that you will give me some opinions about my writing style...

Tinggalkan komen tau!!  

Dark's Love 10

Rika berjalan perlahan sementelah dia sudah hampir berputus asa dalam mencari sesuatu yang dia sendiri tak tahu.

Seketika tadi dia berfikir dia hanya ingin melihat sepohon pokok yang pada pandangannya sangat unik, pokok tersebut tidaklah terlalu menjulang mahupun menunduk, ia juga tidak mengeluarkan buah, pokok yang 'common' di situ, namun ia memiliki pokok bunga yang menjalar keluar dari akarnya yang jelas kelihatan.

Bunga itu berbau harum bagai mawar namun ia mempunyai rupa seperti orkid. Warnanya juga unik, putih kebiruan. Sedang Rika ralit menilik bunga itu, dia terlihat sebuah lorong tidak jauh dari situ.

Lorong yang diperbuat dari batu itu seperti menariknya untuk mendekati. Perasaan yang sama dirasakan ketika dia melalui lorong sambil menyentuh dinding dulu.

Penghujung lorong itu sudah kelihatan namun Rika terkaku di situ. Matanya membulat memandang sebuah sangkar yang diperbuat dari tembaga serta disimbah dengan darah di situ. Dia melangkah untuk melihat jikalau ada apa-apa di dalam. Setahunya, sangkar sebegitu di buat untuk mengurung binatang yang tidak boleh dikawal oleh sesiapa melainkan ratu serta keturunannya. Dia sekali lagi dikejutkan apabila terdapat sejenis raksasa bernama Oxygonery. Kenapa nama dia macam tu? Nama itu diberi kerana ia mempunyai satu kelemahan, 100% oksigen. Pelikkan, haiwan yang ganas mempunyai kelemahan sebegitu. But nothing is perfect, right? Lagipun 100% oksigen susah dicari walaupun senang dihasilkan.

Rika menilik haiwan itu. Ia sedang tidur, tiba-tiba Rika terperasankan luka panjang yang membelah perut binatang itu.

'Macam mana dia boleh berada dekat sini dan kenapa dia tercedera?' Sedang dia berfikir, matanya tertumpu ke pintu masuk yang terbuka. Serentak itu dia memetik jarinya bagai mendapat idea.

"Kau dikejar ya? Mesti kau sakit kan? Takpe, kau tunggu dulu kat sini, aku pergi cari ubat untuk kau sementara kau belum dirawat doktor okay?" Rika terus berlari memasuki hutan bagai dia tahu di mana mahu mencari ramuan tersebut. Dia berhenti di hadapan sebuah pohon kecil berdaun ungu, berbunga hijau lalu memetik beberapa helai daun dan sekuntum bunga pohon itu.

Sekembalinya Rika di situ, dia terus melumatkan daun bersama-sama bunga yang dipetiknya sebentar tadi. Setelah lumat, Rika meletakkan ramuan tadi ke atas luka haiwan itu. Haiwan itu mengerang.

"I know it's hard, but please hold it in. Aku akan pastikan kau okay lepas ini." kata Rika dengan tangan yang masih ligat merawat luka haiwan itu. Selesai saja dari menyapu ramuan itu, dia mengusap perlahan kepala haiwan berbulu lebat itu.

"Kau tunggu sini, aku nak cari transport untuk kau. Aku mungkin pergi lama jadi aku akan tutup pintu ini ya." Rika melangkah keluar dari sangkar itu lalu menutup rapat pintu itu tanpa di kunci.

Ada sebab mengapa sangkar ini diperbuat dari tembaga. Ianya kerana pemburu haiwan buas hanya satu, Argegory dan pengikut-pengikutnya. Mereka telah membuat sebuah perjanjian bersama keturunan Diraja zaman dahulu untuk berburu binatang buas. Mereka tidak akan mengganggu haiwan tersebut sekiranya dia telah memasuki sangkar tembaga disimbah darah.

Rika melangkah keluar dari hutan itu untuk mencari Zack.

'Entah kemanalah mamat ni. Dahlah tinggalkan aku sorang-sorang. Rika berjalan melilau di pekan yang tidak dapat dianggarkan berapa besarnya itu. Dia berjalan melintasi sekumpulan lelaki yang pada anggarannya berumur 20-an ke atas.

'Baik aku pergi cepat, dahlah lorong ni sunyi semacam je.' Rika melajukan langkahnya.

"Hai cik adik, tergesa-gesa nampak, cari apa? Mari 'abang' tunjukkan." Salah seorang lelaki dari kumpulan tadi menegur. Perkataan 'abang' sengaja ditekan.

Tawa rakan-rakannya dapat didengari dengan jelas. Lelaki itu bertindak berani apabila dia mula menarik pergelangan tangan Rika. Rika cuba melepaskan genggaman lelaki itu. Apabila genggaman itu terlepas, lelaki itu cuba untuk memaut pinggang Rika.

"Lepaskan aku laa. Jantan tak guna." Rika bergelut bersama dengan lelaki itu kerana semestinya lelaki lebih kuat darinya. Lelaki itu dan rakan-rakannya hanya tertawa sahaja. Tawa mereka terhenti apabila Zack menumbuk muka lelaki itu. Dia menarik lengan Rika kebelakangnya.

"Kau siapa hah budak. Sibuk duk kacau hal orang. Bagi balik dia ke aku!" Lelaki itu menjerit lantang.

"Never in million years. Bro, aku rasa kau dah salah target la. Apa kata kau pergi lepak kat tempat kau pastu kau tunggu betina lain, yang ni kau lepas jelaa. Aku rasa makcik jual barang antik dekat kedai hujung sana lagi hot dari budak ni." Selesai saja Zack bercakap kumpulan lelaki tadi pergi, mungkin dapat mengagak bahawa Zack merupakan ahli sihir yang lebih berkuasa dari mereka.

"Apasal kau bodoh sangat? Kenapa tak jerit nama aku je?" Zack berpaling dan memandang Rika bagai hendak ditelannya. Tanpa dapat dikawal air mata Rika turun satu persatu berserta dengan bahunya yang terhinjut-hinjut.

"Laa, asal pulak la kau menangis. Meh sini." Zack menarik lengan Rika ke tepi apabila dia menyedari bahawa dia dan Rika menjadi penghalang laluan. Rika masih tidak berhenti dari tangisannya. Zack mengeluh perlahan. Dia menarik Rika ke dalam pelukannya. Dia kemudiannya menenangkan Rika sehingga gadis itu berhenti dari tangisannya.

"Ada apa kau cari aku? Aku rasa tempoh enam jam tu tak tamat lagi." Zack berkata selepas dia merungkai pelukannya. Serentak itu, Rika membeliakkan matanya.


"OXYGONERY!!" Rika bagai tersedar dari mimpi ngeri dan mula berlari sambil menarik tangan Zack bersamanya.