Saturday 29 December 2012

watak2 Dark's Love

Atas cadangan seseorang,Girl pakai anime je laa....easy,xde kait ngan hidup dan mati...haks...thanks to unknown chocolate sebab bagi cadangan tue....

Rika (Dhiarika Kuroishiro)

Zack(Zachary Aoi)


Mia(Miana Wakahisa)

Ken(Kenbi Hasawika)

Dark's Love 5

Rika berjalan pantas. Dia sebenarnya dalam perjalanan balik ke biliknya, tetapi, ketika dia berada di Maggiore's Forest, iaitu laluan hutan yang menjadi jalan pintas menuju ke asrama -tidak ramai yang menggunakan laluan tersebut, kerana bagi mereka laluan itu menakutkan.- Rika merasakan dirinya diekori sedari dia masuk ke hutan ini lagi.

Merasakan dirinya masih lagi dikejar, dia terus memecut, tapi takde la sampai macam kereta lambang kuda tu, ala-ala lari 500m gitu. Dia berlari tanpa arah, setelah meyakini dia tidak diekori lagi, dia mulai menenangkan diri dan agak bingung, memikirkan dimana dia berada kini. 'tulah kau, berlari tak ingat arah, kan dah sesat arah' (cam pantun jer '--).

Setelah berfikir pendek (tak sampai beberapa minit pun), dia meneruskan perjalanan menerokai Hutan Mag's nie. Setahu dia, hutan nie dinamakan Maggiore sebab sebelum dia jadi hutan, tempat ni merupakan taman bunga anak gadis kepada wizard yang terkenal pada kurun ke-15. Anak gadis wizard itu merupakan hasil perkahwinannya dengan manusia, jadi, anak gadisnya tidak mempunyai sebarang kuasa magis.

Setelah isterinya mati, dia membawa anak gadisnya itu ke sini dan membina sebuah taman bunga yang dilengkapi dengan pondok dan tasik buatan. Namun taman bunga tersebut musnah setelah berlaku perang antara pemerintah-pemerintah kerajaan Sferdstone. Nama anaknya bukan Maggiore, tetapi Maggaret, yang mana nama manjanya Maggie, jadi mana datangnya Ore atau Iore tu? Hal itu menimbulkan tanda tanya pada para cendekiawan ahli sihir.

'Ah, buat apa pula aku nak peningkan kepala aku pasal taman 'mee instant' ni. baiklah aku pening-pening fikir macam mana nak keluar.' Desis hati Rika.

Tiba-tiba dia terdengar petikan gitar yang begitu mengasyikkan. Tanpa disedari, kakinya melangkah ke arah sumber bunyi tersebut, semakin dia dekat, semakin kuat bunyi air mengalir, tidak kurang juga dengan bunyi gitar tadi, cuma makin lama, alunan itu kian mendayu dan sedih.

Setelah dia berada agak dekat dengan sungai yang mengalir deras tersebut, dia dapat melihat seorang lelaki yang memakai t-shirt kelabu dan seluar track memetik gitar akustik dengan penuh khusyuk.
__________________

Rika memasuki bilik yang dikongsi bersama Mia. Kelihatan gadis itu sedang nyenyak tidur diatas katil size queen miliknya. jangan terkejut, memang semua bilik di sini ditatahias dengan mewah, sementelah sekolah ini merupakan sekolah yang terkenal di negara ini.

Sekolah magis disini hanya mengambil pelajar tingkatan dua dan keatas sahaja, melainkan sekolah khas yang merupakan satu-satunya sekolah yg mengambil pelajar seawal usia 10 tahun. Sekolah itu sangat memilih pelajar, kerana umur 10 tahun bukanlah usia yang cukup matang untuk bergelar seorang ahli sihir. Disebabkan itu juga sekolah magis hanya mengambil pelajar tingkatan 2 dan keatas sahaja.  

Bilik itu terdapat dua buah katil kanopi saiz queen. Katil Mia berwarna krim. Dia pula hitam dan putih, warna kegemarannya.

Mia pernah berkata bahawa katil yang bertemakan warna kegemarannya itu menyeramkan. Tapi bagi Rika warna hitam dan putih itu seakan ada tarikan. Kenangan masa lalu barangkali. Ibunya mendakwa bahawa dia pernah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu balik dari sekolah sehingga mengakibatkan amnesia. Sejak itu dia tidak mengingati apa-apa dari zaman kecilnya. Cakap pasal ingat tak ingat ni, lantas fikiran Rika kembali ke waktu dia di dalam hutan tadi.


Dia terus mendekati lelaki itu perlahan-lahan. Lelaki itu sedang duduk di atas batu besar. Disebabkan perasaan ingin tahu yang kian mencanak naik, Rika mula mengambil inisiatif berjalan di atas batu-batu yang berada di situ untuk menghampiri jejaka tersebut.

Setelah dia berada di belakang lelaki itu, secara tiba-tiba lelaki itu berpaling sekaligus menghentikan petikannya tadi. Apabila lelaki itu berpaling, sudah semestinya Rika terjatuh. Tetapi dia bernasib baik apabila lelaki itu memaut pingangnya, lantas menyelamatkan dirinya dari basah lencun bermandikan air sungai.

Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat lelaki itu merupakan Zack. Terbuntang matanya dan mata Zack. Agak lama mereka dalam keadaan itu. Akhirnya mereka tersedar. Zack melepaskan rangkulannya. Dia berdehem dan Rika terus memandang kebawah sambil menggigit bibir bawahnya.

"Erm, sorry.” Ujar Rika masih menunduk ke bawah.

"Apa kau buat kat sini??" Zack bertanya sambil berjalan menuju ke tebing sungai.

"Er, saya tersesat sampai sini, could you help me get out of tis place?" Dia turut menuju ke tebing sungai .

"Kau kan ada what-so-called 'instinct', asal tak cari jalan sendiri??" Zack menjawab sarkastik bersama senyum sinisnya.

“Instinct is not magic that could bring us anywhere." Jawabnya tidak ingin mengalah. 'Baru sekejap tadi aku rasa macam nak 'fall', tapi tak jadi laa, too sarcastic...'

 “Huh, fine then, but after you say that i'm better than you." Zack mendengus perlahan.

 "Tu je??"

 "That's all, ke kau nak lebih lagi, aku on je." Zack masih tersenyum sinis. Terus Rika menggeleng.

Zack menepati janjinya. Buktinya, sekarang dia telah berada di dalam bilik. Teringatkan kejadian tadi, terus jantungnya berdegup kencang.

'Ah, apasal dengan kau ni Rika, dia baru paut pinggang pun dah 'jatuh' ke?? wow, tak terjatuh tapi 'jatuh'...bahaya ni..' enggan terus memikirkan perkara itu, Rika menuju ke arah bilik air. Ingin membersihkan diri. Melekit rasa badannya kini. Setelah siap membersihkan diri, Rika terus menerjah bantal dan tidur.
____________________        

'Fuuuh, asal aku terfikirkan minah tu pulak, dan asal aku rasa macam nak terus peluk je dia tadi, aku dah 'fall' ke? oh no, tidak, tidak, tidak, i'm not falling for her,yeah,that for sure. emmm, i'm not falling, just berdebar je, yalahkan, mana ada pernah aku pegang orang pompuan.... ya, just my hormone... nothing more nothing less.....' 

"Yo bro, asal pegang dada, lu sakit ke?" Ken bertanya setelah puas melihat Zack yang dari tadi menggelengkan kepalanya, tersengih dan pegang dada.

'Dahlah balik lambat, aku tanya tak jawab pulak tu. Hish, bertuah punya kawan.’ Disebabkan bengang yang teramat, Ken membaling bantal ke arah Zack. Tersentak lelaki itu dibuatnya.

"Woi, kau dah kenapa, tiba-tiba main baling-baling bantal. Kempunan jadi perempuan apa??? Main lawan bantal segala."

"Dah tu, aku panggil kau tak jawab, cara kasar laa aku pakai, kau ni kenapa, angau, first-sight love ????? Nak kata baru lepas jumpa makwe, kau tak couple lagi... kau jumpa awek mana ni, sampai terpegun aku tengok, kau dah parah ni weh..... Bawa aku jumpa girl tue, biar aku tolong lamarkan dia untuk kau," Ken berkata serius.

"Dah.. Tak payah nak mengarut. Aku cepuk juga kang," Zack membalas dalam nada marah.

"Relax bro. Chill... Sorry okay?"

"Hmmm, yelaa..."

Tuesday 18 December 2012

Dark's Love 4

"Argh, aku tak puas hati betullah dengan budak baru tu.... gosh damnit!!!"

"Apa masalah kau ni bro, budak baru tu bukan ada kuasa pun, yang kau tak puas hati sangat ni kenapa?"

"Tak de ah, tapi dia macam mencabar aku masa kat kelas Madam Dee hari tu... Macam aku tak tahu, asal aku lalu je mesti diorang cakap pasal benda tu, bisik laa slow mana pun macam aku tak dapat dengar."

"Tenang, bro.. Tapi kalau kau nak tahu, dia tak tahu pun asal dia rasa macamtu." Dia faham benar dengan kelebihan Zack, mampu mendengar melebihi 10 batu. Dia sendiri mampu membaca fikiran orang lain.

Memang semua wizard dengan witch dekat situ mempunyai satu kelebihan melainkan dia memiliki kelebihan dari Ratu, iaitu pemerintah kerajaan Sferdstone, disitu terdapat dua golongan, iaitu Shfochus dan Shasterd. Shasterd merupakan golongan ahli sihir yang menggunakan tongkat untuk menggunakan magis. Shfochus pula merupakan golongan ahli sihir yg tidak perlu menggunakan tongkat untuk mengalirkan kuasa magis. Untuk mencapai tahap ini, Shasterd perlu bersedia dan rela dengan seikhlas hati untuk membenarkan tenaga magis itu mengalir di dalam badannya.

"Ken, kau cakap senanglah, bukan kau yang dimalukan depan satu kelas." Dia memandang Ken tajam.

"Okay, relax bro. Apa kata kau kenakan budak baru tu, bagi dia terseksa sikit dekat sini." Ken cuba untuk meredakan ketidakpuasan hati kawannya itu.

"Good idea bro, apa kata, kita set prank dekat dia dengan budak nerd tu sekaligus, amacam??" Zack kembali ceria.

"Budak nerd tu, kau suruhlah mana-mana cikgu panggil dia, baru takde orang tolong budak baru tu nanti." Ken seboleh-bolehnya tidak mahu Zack tahu tentang perasaan sebenarnya terhadap Mia, gadis pendiam yang mampu membuatkan dia tidak tidur malam.

"Betul juga cakap kau kan." Zack menggosok dagunya.

"I'll make a plan to trick her, you need to help me bro, aku tak berapa arif sangat pasal pranking orang ni." Zack menyambung katanya. Ken tergelak. Asalkan bukan gadis idamannya, dia okay je.
__________

Rika menapak dengan penuh ragu-ragu menuju ke kelasnya. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Apabila dia sampai ke pintu kelas, dia membuka tombol pintu tersebut dan menggunakan kayu yang dikutipnye sewaktu dalam perjalanan ke kelas untuk menolak pintu tersebut.

Telahannya terbukti benar apabila sebuah baldi yang dipenuhi dengan air longkang jatuh kelantai. Air yang berada di dalam baldi itu tumpah dan mengeluarkan bau yang menyakitkan segenap ruang hidungnya.

Dia ingin berlalu untuk mengambil mop, tetapi saat terpandang Sir Fag, dia segera mengubah haluannya. Mengikut cerita Mia, Sir Fag merupakan guru yang tergarang di akademi ini. Dia melangkah masuk sambil cuba mengelak dari terkena air longkang tersebut. Mujur saja dia memakai seluar hari itu. Kalau skirt labuh?? Hai, nasib kau lah Rika..... pandangan sinis budak-budak dari dalam kelas tidak diendahkan.

"Ni siapa punya kerja ni?" Sir Fag menyoal garang sambil jari kanannya merujuk ke arah air yang bewarna coklat cair dan sedikit berlendir itu. Secara spontan, semua batang jari telunjuk menunjuk ke arah Rika. Rika sudah menelan air liur. 'aku ke???'

Sir Fag melepaskan keluhan dan membaca sedikit jampi, air itu hilang berserta dengan baunya.


"Lain kali jangan buat lagi!" Sir Fag bersuara tegas namun masih dalam kadar lembut. Seluruh isi kelas itu tercengang.

Sunday 25 November 2012

Dark's Love 3

"Rika!!!!"

"Hey,Mia...!! Kalau nak jerit tu agak-agaklah sikit.... Mahunya aku mereng sehari." Ketika itu mereka didalam bilik asrama mereka selepas makan malam, Rika diletakkan sebilik dengan Mia bagi memudahkan urusan mereka.

"Sorry, I can't help it.. Aku ada dengar cerita kau pergi tukar bahan Zack erkk??? Hebat gila kau, aku pun tak dapat beza Baby Blu Tree dengan Ocean Light Tree tahu..." mata Mia bersinar keriangan.

"Baby Blu? Ocean Light Tree?"

"Pokok yang kau ambil tadi la, kau tak tahu nama pokok-pokok tadi?"

"nope." ringkas saja jawapan Rika.

"Habis tu macam mana kau tahu Zack ambil pokok yang salah???" 'pelik betul minah ni, tukar tapi tak tahu nama bahan tu? Weird.' desis hati Mia sambil menggaru kepalanya.

"Aku ikut instinct aku je laa.... serious aku tak tahu, aku pun tak tahu kenapa aku rasa macamtu."

"Pelik.... tapi ayat kau tadi tu macam orang baru jatuh cinta pula." ujar Mia selamba.

"Banyak la kau punya jatuh cinta, karang ada orang jatuh katil jangan salahkan aku," Rika menjelir lidahnya kearah Mia.

"Okay-okay.... relax, oh yeah, nanti kalau dalam kelas kau tak payahlah rapat sangat dengan aku....."

"Kenapa??? Kau malu kawan dengan orang takde kuasa eh?"

"No!!!! Tapi aku takut kau kena buli nanti, aku ni budak nerd, so, diorang selalu buli aku... aku tak nak satu-satunya kawan aku kena buli..." lirih suara Mia menafikan tuduhan Rika.

"Alah benda cenonet macam tu je??? Cuba kau fikir, aku ni tak ada kuasa, jadi, diorang akan lebih buli aku.... so, lebih baik aku dekat dengan kau, selamat sikit." Rika meluahkan pendapatnya.

"Oooww, jadi kau nak amek kesempatan la ni??? Kurang asam punya kawan... Tapi fikir balik memang betul pun apa yang kau cakap tu..." Mia dan Rika tertawa.

"Hard or easy, together we stand!" Rika menjerit sambil membuat high five yg disambut oleh Mia.
____________

 "Hei guys, tengok siapa masuk, budak nerd and budak tak ada power berkawan laa!” jerit Zack.

"Memang padan pun kan, takkanlah diorang nak kawan ngan kita yang lagi tinggi levelnya, seorang nerd, seorang lagi tak ada kuasa, padan sangat laa tu, kan girls???" Tanya sorang budak perempuan yang hanya memakai dress singkat -mentang-mentang sekolah ni bagi berpakaian bebas- kepada kawan-kawannya sambil mengangkat kening ala double jerk...

"Siapa tu??? Dia tu sengkek erk,sampai kain baju pun tak mampu beli???" Bisik Rika kepada Mia sambil berjalan ke tempat duduk mereka.

“Hahh?” Mia mengangkat keningnya lalu tertawa kuat sambil menekan perutnya yang senak. Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut memandang Mia.

'Tak pernah-pernah budak ni gelak. Tiba-tiba hari ni terbahak... pelik ni.' antara fikiran pelajar dalam kelas itu.

"Rika, you make me sick, kalau Sya dengar apa yang kau cakap tu, memang dia kejar kau tak cukup tanah tahu."


"Tak cukup tanah aku bagi lantai simen pulak." kali ni Rika dan Mia pula ketawa.

Tuesday 6 November 2012

Dark's Love 2

"Rika, she'll be your guardian, let me introduce you to Mia, the best student here." Ujar guru kelas aku kini aka miss Lia.

"Hai, nama saye Miana, Miss saja je tu, nak bodek suruh saya buat something untuk dia," kata seorang gadis yang memakai cermin mata tebal berbentuk kotak sambil tersenyum.

"Hai,Dhiarika." Rika membalas senyum Mia.

"I know, let me show you our class and for your information our class named Xerisa, let's go," Mia mulai melangkah tapi kemudian dia berhenti dan berkata

"Kita pergi ambil buku dulu ya? Lepas ni subjek posyen, so selalunya kitorang buat di lab (labotary/makmal)," kami kemudian menyambung perjalanan menuju ke bilik buku (bukan kedai buku ye!!!)
_________________

"Siapa yang nak cuba buat posyen Wild Dust?" soal Madam Dee setelah menerangkan tentang posyen melarikan diri 'Wild Dust'.

"No one, then I'll choose Zack then." Madam Dee memberi arahan setelah tiada yang mengangkat tangan.Zack menggunakan tongkatnya untuk mengambil bahan membuat Wild Dust seperti yang diajarkan oleh Madam Dee sebentar tadi. Apabila bahan-bahan itu terbang melintasi Rika -pada ketika itu Mia tiada setelah dipanggil oleh Miss Lia-, dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Disaat Zack ingin meletakkan bahan yang terakhir ke dalam periuk tanah liat yang mampu memuatkan  sekitar tiga kanak-kanak berusia 3 tahun .......

"STOP!!!!" jerit Rika.
Zack yg baru ingin memasukkan bahan tadi terhenti, yang lain semuanya terkebil-kebil memandang Rika. Dia berdiri dan menuju ke meja yang meletakkan bahan-bahan posyen dan mengambil sebatang pokok kecil dengan daun yang berwarna  biru seakan-akan sama dengan yang diambil oleh Zack.

"Maaf ye, tapi saya tak nak nanti lab ni meletup," dia mengambil pokok yang berada di dalam genggaman Zack dan menggantikannya dengan pokok yang diambilnya, lalu dia kembali duduk di tempatnya setelah meletakkan kembali bahan tadi ke meja.

"How do you know that it wasn't the ingredient? I would like to know about it coz' you may be wrong. Maklumlah, awak tak tahu apa-apa pun about magic, right?" Zack mempersoalkan tindakan Rika sebentar tadi.

"I don't know but my instinct always right actually... it’s never wrong!"

"Then you want us to believe in you?!"

"Nope, just have a little faith in me, that’s enough." Rika tersenyum manis.

"Who...." Zack ingin membalas namun sempat dipotong oleh Tad.

"Ehem, korang ingat satu kelas ni faham ke complicated english korang tue, cuba translate sikit."

Zack mengeluh dan berkata

"Huh, kalau lab ni meletup jangan cari aku, cari perempuan tu." Dia berkata sebelum mencampakkan pokok tadi ke dalam periuk besar tang berada di hadapan kelas. Seperti yang diceritakan Madam Dee, muncul asap tebal berwarna kelabu pekat menandakan eksperimen itu berjaya.

"Great job!!! Thanks to Zack and Rika for the great demonstration, tapi saya rasa Zack and you guys kena ucap terima kasih pada Rika. Sebab kalau tak kerana dia kamu dah hitam dah sekarang ni." Madam Dee menjerit, seraya itu asap tebal yg memenuhi lab tadi hilang sekelip mata


'Patutlah tak dengar orang tua ni menjerit, rupanya dia dah tahu dan sembunyikan diri rupanya.' Desis hati kebanyakan pelajar di dalam lab itu sambil mengeluh perlahan.

Thursday 25 October 2012

Dark's Love 1

1:
Bisikan di antara pelajar sekolah itu kedengaran kuat apabila mereka diberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang kuasa magis. Akan tetapi dia tidak menyalahkan mereka kerana dia juga masih bingung, keliru dan tidak percaya bahawa ibunya merupakan keturunan ahli sihir di negara yang tidak diketahui.

"Okaylah, mungkin kamu semua masih terkejut, tapi saya harap kamu semua tak buli dia ya, mentang-mentang dia tidak ada kuasa magik terutama sekali kamu Ken. Jangan ingat saya tak akan ambil tindakan ya, sekarang ni saya tengah kumpul hukuman kamu, biar patah tangan kamu nak guna kuasa magis, faham?" suara miss Lia lantang, kalah guru disiplin di sekolah lamanya.

"Mana saya buli budak camni Miss, usik skit je." laung seseorang sambil menunjukkan jari telunjuk dan ibu jari yang rapat namun masih tidak bersentuhan menunjukkan bilangan yang sedikit.

"Yalah tu, kamu ingat saya boleh percaya kamu ke? dah cukup la untuk sesi pengenalan ari nie, Rika, mari, kamu perlu berjumpa dengan pengetua dan guru penyelaras kamu pula."

"emm,baik ...... Miss," ucap Rika tergagap, tersedar dari lamunannya, akademi ini memang cantik dan lebih besar dari akademinya yang sebelum ini, di koridor, dia dapat melihat ukiran pada siling dan tengah dinding. Ia berbentuk bunga yang juga tidak di ketahui, tapi sungguh cantik dan unik dimatanya.
_______________

"Macam mana Rika, sekolah kat sini?" soal seorang wanita yg berambut putih namun masih kelihatan muda.

"mmm, setakat ni, okaylah."

"Don't worry, you will get used to it, everything here is 'magical', okay... oh yeah forgot to tell you, call me Madam Sandra." Ujar wanita tadi.

"I'll try to get used to this, tapi saya pelik, kenapa saya macam tak terkejut pun with all this stuff?"

"Suatu saat nanti kamu akan tahu semuanya, okay?"

'Sama macam yang mama cakap.'


“Baiklah madam.”

Wednesday 3 October 2012

EGOISTIC HEART STORY~~~~~

when a song being played
my heart wandered
where it come???
what was it???
who wrote the notes???
who made the lyrics???
but i knew the meaning
the notes was because 'it' was longing
in a big,big world
without friends,relatives and an enemy to fight it
the lyrics was because of it feeling and the feeling was empt without any air and sunlight
it was raining in it heart
there has a thunderstorm in the mental of the body




want to know how i know it
'it' was me
simple as the question
it was me who are longing
lonely
don't have anybody
'it' was  also me who are typing
about my feeling
because i can't say it to anybody
it wasn't because i can't talk 
but because of ego i didn't make it out of my mouth