Monday 25 February 2013

Dark's Love 8

Mia membalut Rika dengan sebidang selimut di atas belakang Rika yang menggigil itu.

"Kau tak nak cerita kat aku ke?" Mia bertanya seraya meletakkan mug berisi kopi pekat kegemaran gadis itu di atas meja kecil berdekatan mereka. 

"Kalau aku cerita, kau confirm percaya ke?" 

"Mungkin." 

'I assume that as not, tapi, ahh lantaklah,' hati Rika berperang dengan mindanya.

"Aku..... aku....." Mia sabar menanti.

"Tadi masa aku lalu lorong tu, aku jumpa kerusi, lepas tu aku duduk la dekat situ, lepas tu tetiba 'kerusi' tu marah aku…" Rika membuat keputusan untuk merahsiakan perkara sebenar. 'Aku akan siasat perkara ni dulu sebelum aku bagi tahu Mia.' Tekadnya dalam hati.

Mia cuba untuk menahan gelak, akhirnya.... "hahahahahhahahhahaha"

"Looks like you have met Chaos Chair. Dia memang macam tu, dia bagi certain people je duduk atas dia." Mia menerangkan keadaan sebenar selepas dia habis tertawa, itu pun selepas Rika menjelingnya.
__________________

Sekali lagi Rika 'menjelajah' di lorong tersebut untuk menyiasat lorong misteri semalam.

'Apa yang ada dekat sini agaknya.' Rika menarikan jarinya ke dinding. Dia menolak lembut tempat yang pernah ditekannya, dia menggagahkan diri untuk menghadapi apa jua perkara yang berkemungkinan besar akan terjadi.

"Kembalilah~ kembalilah~ kembalilah~ go through all this with the same heart... come~ Come through all this, princess~ be the old same again.......” Suara itu kembali mendayu-dayu, merayu kepadanya... Namun, apa yang ingin 'ia' rayukan  daripada seseorang sepertinya??? ‘princess? who? me???? aku ke tu?' 

Rika menghulurkan tangannya yang terketar-ketar ke dalam cahaya hitam yang terselit cahaya putih, kedua-dua warna itu merupakan warna kegemarannya.

'Am I doing a right thing?' Selepas sebahagian tangannya hilang dilindungi cahaya tersebut, dia dapat merasakan bahawa tangannya sedang ditarik dengan lembut, tidak terasa sebarang sentuhan, ianya bagai dikawal. Untuk seketika Rika terpukau dek cahaya yang menawan itu.

Bunyi loceng kuat kedengaran, bagaikan disimbah sebaldi air sejuk seperti yang Mia selalu lakukan untuk mengejutkan dia ke sekolah, dia bagai tersedar dari suatu mimpi indah yang menakutkan. Rika melarikan tangannya dari belahan dinding tersebut, dengan pantas dinding itu kembali terkatup.

Rika meletakkan tangannya ke dada untuk merasa degupan jantungnya, 'woah lajunya.'

"Siapa di situ!!!!!" Tersentap jantung Rika, 'Siapa pulalaa yang nak test suara cucu tarzan kat sini, sabar je aku. Tulah kau, elok-elok tadi degup laju kau merungut, sekarang, hampir jantung kau nak berhenti, kau kutuk pula orang lain.

"Owh, kamu rupanya Rika, Cikgu ingatkan siapa la tadi, kamu buat apa dekat sini? Cikgu rasa sekarang ni waktu makan tengahari kamu kan?" Ujar seseorang selepas dia datang mendekat.

"Takde apa-apa cikgu, saja nak lalu, erm.... saya pergi dulu ya Cikgu Hewlin" Rika membalas seraya bergerak menuju ke kafeteria.

'Tak lama lagi dia tahulah tu, no worries, our princess will be back.' satu suara berbisik pada Cikgu Hewlin selepas Rika berlalu pergi.


'I hope so'. Dia berbisik membalas.

Friday 8 February 2013

Dark's Love 7

Rika senyum memanjang. Sungguh dia gembira kerana Peqdri tidak jadi diikat setelah ia berjaya dikawal. Tetapi, seketika kemudian, dia bingung....

'Macam mana aku boleh tahu pasal penggabungan kuasa?' Rika mulai merasa pelik. Penggabungan kuasa hanya diajar kepada pelajar yang sudah mencapai tahap yang tinggi. Sedangkan dia? Hanyalah seorang pelajar yang baru mengenal dunia magis.

'something is fishy here.'

Dia berjalan di laluan yang amat jarang dilalui orang. Dia menyentuh dinding sambil berjalan. Dia seakan ingin mencari sesuatu. Rika hanya mengikut kata hatinya. Terkadang dia pelik, mengapa sejak dia berada di Sferdstone, hatinya seakan ditarik-tarik untuk mendekati sesuatu. Hatinya seolah meronta-ronta ingin mencapai sesuatu. tetapi, sesuatu itu apa? Entahlah, dia sendiri masih belum pasti.

Tiba-tiba dia seakan tertolak dinding itu. 'Aik.' Dinding itu terbuka dan menampakkan sebuah lorong sederhana besar. Ia dibarisi oleh lilin di kiri dan kanan dinding tersebut. Ia terdapat seolah asap menyelubungi laluan itu. Muncul satu lembaga putih.

"Princess.." lembaga itu menyeru dengan nada berbisik. Dia berulang kali menyebut perkataan itu. Rika menelan liur, tanpa menunggu lama, dia berlari ke laluan yang selalu digunakan oleh orang ramai. Secara kebetulan, Mia sedang duduk di bangku yang disediakan oleh pihak sekolah. Dia terus mendapatkan Mia dalam keadaan gopoh.


 Mia ingin bertanya, namun dia menahan soalan tersebut dari keluar apabila melihat Rika yang masih tercungap-cungap kesan setelah berlari. Mia mendudukkan Rika untuk menenangkan gadis itu. Terbit rasa cemas di dalam hati Mia.