Monday 25 February 2013

Dark's Love 8

Mia membalut Rika dengan sebidang selimut di atas belakang Rika yang menggigil itu.

"Kau tak nak cerita kat aku ke?" Mia bertanya seraya meletakkan mug berisi kopi pekat kegemaran gadis itu di atas meja kecil berdekatan mereka. 

"Kalau aku cerita, kau confirm percaya ke?" 

"Mungkin." 

'I assume that as not, tapi, ahh lantaklah,' hati Rika berperang dengan mindanya.

"Aku..... aku....." Mia sabar menanti.

"Tadi masa aku lalu lorong tu, aku jumpa kerusi, lepas tu aku duduk la dekat situ, lepas tu tetiba 'kerusi' tu marah aku…" Rika membuat keputusan untuk merahsiakan perkara sebenar. 'Aku akan siasat perkara ni dulu sebelum aku bagi tahu Mia.' Tekadnya dalam hati.

Mia cuba untuk menahan gelak, akhirnya.... "hahahahahhahahhahaha"

"Looks like you have met Chaos Chair. Dia memang macam tu, dia bagi certain people je duduk atas dia." Mia menerangkan keadaan sebenar selepas dia habis tertawa, itu pun selepas Rika menjelingnya.
__________________

Sekali lagi Rika 'menjelajah' di lorong tersebut untuk menyiasat lorong misteri semalam.

'Apa yang ada dekat sini agaknya.' Rika menarikan jarinya ke dinding. Dia menolak lembut tempat yang pernah ditekannya, dia menggagahkan diri untuk menghadapi apa jua perkara yang berkemungkinan besar akan terjadi.

"Kembalilah~ kembalilah~ kembalilah~ go through all this with the same heart... come~ Come through all this, princess~ be the old same again.......” Suara itu kembali mendayu-dayu, merayu kepadanya... Namun, apa yang ingin 'ia' rayukan  daripada seseorang sepertinya??? ‘princess? who? me???? aku ke tu?' 

Rika menghulurkan tangannya yang terketar-ketar ke dalam cahaya hitam yang terselit cahaya putih, kedua-dua warna itu merupakan warna kegemarannya.

'Am I doing a right thing?' Selepas sebahagian tangannya hilang dilindungi cahaya tersebut, dia dapat merasakan bahawa tangannya sedang ditarik dengan lembut, tidak terasa sebarang sentuhan, ianya bagai dikawal. Untuk seketika Rika terpukau dek cahaya yang menawan itu.

Bunyi loceng kuat kedengaran, bagaikan disimbah sebaldi air sejuk seperti yang Mia selalu lakukan untuk mengejutkan dia ke sekolah, dia bagai tersedar dari suatu mimpi indah yang menakutkan. Rika melarikan tangannya dari belahan dinding tersebut, dengan pantas dinding itu kembali terkatup.

Rika meletakkan tangannya ke dada untuk merasa degupan jantungnya, 'woah lajunya.'

"Siapa di situ!!!!!" Tersentap jantung Rika, 'Siapa pulalaa yang nak test suara cucu tarzan kat sini, sabar je aku. Tulah kau, elok-elok tadi degup laju kau merungut, sekarang, hampir jantung kau nak berhenti, kau kutuk pula orang lain.

"Owh, kamu rupanya Rika, Cikgu ingatkan siapa la tadi, kamu buat apa dekat sini? Cikgu rasa sekarang ni waktu makan tengahari kamu kan?" Ujar seseorang selepas dia datang mendekat.

"Takde apa-apa cikgu, saja nak lalu, erm.... saya pergi dulu ya Cikgu Hewlin" Rika membalas seraya bergerak menuju ke kafeteria.

'Tak lama lagi dia tahulah tu, no worries, our princess will be back.' satu suara berbisik pada Cikgu Hewlin selepas Rika berlalu pergi.


'I hope so'. Dia berbisik membalas.

1 comment:

  1. you know what after i read it about a few times,i think the 'kembalilah' word's was 'tooo' cheesy but,terima jelah,nothing's wrong,right???

    ReplyDelete