Saturday 24 September 2016

Dark's Love 21

Benteng halimunan setinggi 800 meter di hadapannya dipandang kosong. Benteng yang membentuk kubah seluas 330 km persegi itu memerlukan hampir sebulan hasil kerja keras dua puluh ahli sihir terhandal Sferdstone termasuk dirinya.

Esok dia akan pulang ke akademi dan mula merancang strategi pertahanan negara bersama Madam Sandra. Dengan hanya memikirkannya boleh menyebabkan dia berasa pening. Matanya terpejam dan dia mulai menyedut udara segar kawasan pedalaman di antara sempadan Sferdstone dan negara-negara Matma (MAnusiaTanpaMAgis).

Ketenangannya terganggu apabila dua cahaya kuasa terbang melepasi dirinya. Keluhan kasar dilepaskan sebelum dia menggunakan kuasa levitasi menuju ke arah di mana cahaya kuasa itu ditembak.

“Seriously, korang dua tak boleh ke satu hari tak peningkan kepala aku? Apa kes pula kali ni?”

“Dia pecahkan aku punya powergem. That bastard deserve it.” Tangannya laju bergerak ingin menggapai lelaki yang sedang menyorok di belakang Rika, tahu dia tidak akan diapa-apakan sekiranya Rika terlibat sama.

“Aku tak sengajalah! Berapa kali nak cakap, balik Pouwer nanti aku gantilah balik powergem bodoh kau tu.” Gadis berambut paras bahu itu dipandang tajam.  

“Bodoh??! Bodoh kau kata? Itu powergem yang Uan bagi kat akulah sial!” cahaya kuasa ditembaknya lagi, kali ini lebih kuat. Kepala lelaki yang tadinya terkeluar sedikit dari belakang badan Rika menjadi sasaran.

“Kyou!! Oh my god, Yana, I thought you are better than this!” Rika pantas pergi kepada Kyou yang sedang terbaring kaku di lantai hutan tebal itu. Kyou kemudiannya diangkat di dalam bubble untuk dibawanya pulang ke home base.
“We are going to talk this out later. Sekarang baik kau tolong aku atau korang dua orang aku tinggalkan kat sini lagi seminggu.” Keras Rika memberi amaran. Ayana yang kaku melopong laju bergerak ke sisi Rika untuk membantu.
__________

Bilik kecil yang hanya mampu memuatkan sebuah katil single, meja dan almari itu dipandang sekilas. Pintu dikuak dan dia melangkah keluar bersama bagasinya. Belum separuh koridor dilaluinya, dia disapa oleh Ayana.

“Pasal semalam, aku nak minta maaf. Aku, aku betul betul tak sengaja nak lose control sampai macam tu,” kepalanya tertunduk, mukanya memerah dirona malu.

“Bukan kat aku kau kena minta maaf. Kyou yang sakit, bukan aku.”

“That bastard deserve that. Tapi, aku dah minta maaf so we are even.” Rika berkerut. Tahu sangat maaf itu tidak seikhlas yang diberi Ayana kepadanya.

“Kau tahukan kenapa dia buat semua ni? Kenapa dia selalu usik kau, kenapa dia selalu ada dengan kau,” mata kosong Ayana dipandang dalam.

“Aku tahu, tapi aku…” ayatnya tidak dapat diteruskan. Matanya bergenang menandakan hanya sekejap sahaja lagi linangan air mata akan mengalir jatuh ke pipinya.

Rika mengeluh. Tangan Ayana ditarik perlahan menuju ke kawasan taman untuk rakannya melepaskan segala yang berada di hati.

__________

i'm back!!!!!! WITH NEW CHARACTERS ^O^ haha >^<


 
Kyou Fuuya
                 Ayana Mattina