Tuesday 26 March 2013

Dark's Love 9

'HAPPY HOLIDAY'

'HAVE A GREAT SUMMER!'

'BEACHES AND POOLS ARE OPEN FOLKS!!!'

Itu adalah diantara kata-kata banner-banner yang tergantung di kebanyakan lorong dalam sekolah, belum dibaca lagi banner yang berada di luar bangunan 'tua' ini. Dalam pada melihat keseronokan mereka, terbit satu persoalan di benaknya.

"Mia~" Rika memanggil perlahan nama sahabatnya itu.

"Yes~" Mia menjawab tanpa mengalihkan pandangannya dari buku  'Autobiographics: A Feminist Theory of Women's Self-Representation' yang entah untuk keberapa kali dibacanya. Kadang-kadang Rika agak keliru, kalau mengikut tajuk, sepatutnya ia mengajar para wanita menonjolkan diri, but Mia was a bit weird, ke, isi lain tajuk lain?

Entah dia sendiri belum pernah membaca buku tersebut kerana baginya, ianya merupakan buku yang mempunyai kuasa seperti menyanyi lagu lullaby setiap kali dia cuba untuk membacanya.

"Kau balik rumah ke nanti...?" Mia mengangguk tiga kali tanpa berkalih sedikit pun dari kedudukannya. Rika mengeluh, seems like she will be left all alone having tour in this town.

"Aku tidur dulu, night…" Rika sudah mula menyelubungkan dirinya di dalam selimut tebal berwarna putih dengan warna hitam yang bercorak kerawang di setiap penjuru selimut tersebut.

"Eh, lupa aku cakap, nanti Madam atur someone untuk jadi tour guide kau masa cuti, mungkin orang yang tak balik rumah juga la kot, night~~" Mia mengubah posisi, dari terlentang, dia kini meniarap.

'Siapa ya? Madam ni suka sangat buat aku tertanya-tanya.' Rika mencebir kemudian dia menyelubungkan kembali seluruh tubuhnya ke dalam hangat selimut.
____________

Rika terkial-kial sendiri di tengah-tengah kota Pouwer, malang sungguh nasibnya apabila 'someone' itu adalah Zack, jejaka yang paling dia minta simpang jika bertemu. 'Oh, tabahlah wahai hati.' Rika bermonolog sendiri, kejadian pagi tadi melayang kembali dalam ingatan.

"PENGUMUMAN, PENGUMUMAN, KEPADA PELAJAR BERNAMA DHIARIKA KUROISHIRO DAN ZACHARY AOI, SILA KE PEJABAT PUAN PENGETUA SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH. HARAP MAKLUM." Pengumuman tersebut diulang dua kali. Dalam fikiran Rika tika ini adalah 'janganlah mamat tu yang jadi tour guide aku.' Sambil kakinya melangkah, hati tidak pernah surut dengan harapan
dan kata semangat buat diri sendiri.

"Rika, great timing, I think it was a good move for you today, right now. Saya harap awak enjoy sepanjang tour awak sekitar bandar untuk permulaan. Zack, I owe you big one!" Madam Sandra berkata ceria, tidak langsung menampakkan kedut di wajahnya sekalipun Rika tahu bahawa umurnya hampir menginjak 300 tahun.

"yeah, you owe me big and I will make sure that you will pay for it my Madame." Zack berkata dingin tanpa sebarang riak gentar. Madam Sandra sekadar tersenyum. Menahan gelojak hati barangkali.

######

Mereka tiba di stesen keretapi bawah tanah. Masing-masing menyepikan diri. Setelah duduk di kerusi dalam gerabak kereta api tidak sepatah pun mereka berkata. Keadaan sepi ini berlanjut sehingga ke stesen kereta api utama pusat bandar Sferdstone, Pouwer.

"Kau pergilah mana-mana kau suka, lagi enam jam, aku nak kau tercegat kat sini, kalau tak aku tinggalkan kau kat sini." Selesai memberi arahan, dia berlalu meninggalkan Rika yang masih jelas tercengang.

BUKKK! Perlanggaran itu berjaya menyedarkan Rika ke alam realiti, di sekelilingnya penuh dengan manusia yang ingin bergerak ke arah yang bertentangan. Rika menyelinap, ingin keluar dari limpahan manusia di situ. Dia hanya mengikut arah kakinya berjalan. Semakin jauh dari kesibukan manusia dan bangunan yang menghalang cahaya mentari dari mencecah kulit. Laluan masuk ke dalam hutan sudah jelas terbentang di hadapan matanya.


'Masuk ke tak? Redah jelah.' Perlahan-lahan Rika memulakan langkah meneroka.

Tuesday 12 March 2013

BML???

perasan x yg BML??? dah xde????disebabkan saye terlalu byk pikir pasal DL,saye jadi lupe idea asl BML???,so,after i done with DL,i will freshen up BML???,okay??

Wednesday 6 March 2013

Haihhhhh

x dpat MRSM.....what should i do????kill myself???!!

haha,kidding..xdpat rule MRSM,kite rule the writing's world pulak.....bersyukur la korang....






*jgn hepy sgt,i'm doing a short story for school mags....(xde idea ntuk Dark's Love)