Saturday 29 December 2012

watak2 Dark's Love

Atas cadangan seseorang,Girl pakai anime je laa....easy,xde kait ngan hidup dan mati...haks...thanks to unknown chocolate sebab bagi cadangan tue....

Rika (Dhiarika Kuroishiro)

Zack(Zachary Aoi)


Mia(Miana Wakahisa)

Ken(Kenbi Hasawika)

Dark's Love 5

Rika berjalan pantas. Dia sebenarnya dalam perjalanan balik ke biliknya, tetapi, ketika dia berada di Maggiore's Forest, iaitu laluan hutan yang menjadi jalan pintas menuju ke asrama -tidak ramai yang menggunakan laluan tersebut, kerana bagi mereka laluan itu menakutkan.- Rika merasakan dirinya diekori sedari dia masuk ke hutan ini lagi.

Merasakan dirinya masih lagi dikejar, dia terus memecut, tapi takde la sampai macam kereta lambang kuda tu, ala-ala lari 500m gitu. Dia berlari tanpa arah, setelah meyakini dia tidak diekori lagi, dia mulai menenangkan diri dan agak bingung, memikirkan dimana dia berada kini. 'tulah kau, berlari tak ingat arah, kan dah sesat arah' (cam pantun jer '--).

Setelah berfikir pendek (tak sampai beberapa minit pun), dia meneruskan perjalanan menerokai Hutan Mag's nie. Setahu dia, hutan nie dinamakan Maggiore sebab sebelum dia jadi hutan, tempat ni merupakan taman bunga anak gadis kepada wizard yang terkenal pada kurun ke-15. Anak gadis wizard itu merupakan hasil perkahwinannya dengan manusia, jadi, anak gadisnya tidak mempunyai sebarang kuasa magis.

Setelah isterinya mati, dia membawa anak gadisnya itu ke sini dan membina sebuah taman bunga yang dilengkapi dengan pondok dan tasik buatan. Namun taman bunga tersebut musnah setelah berlaku perang antara pemerintah-pemerintah kerajaan Sferdstone. Nama anaknya bukan Maggiore, tetapi Maggaret, yang mana nama manjanya Maggie, jadi mana datangnya Ore atau Iore tu? Hal itu menimbulkan tanda tanya pada para cendekiawan ahli sihir.

'Ah, buat apa pula aku nak peningkan kepala aku pasal taman 'mee instant' ni. baiklah aku pening-pening fikir macam mana nak keluar.' Desis hati Rika.

Tiba-tiba dia terdengar petikan gitar yang begitu mengasyikkan. Tanpa disedari, kakinya melangkah ke arah sumber bunyi tersebut, semakin dia dekat, semakin kuat bunyi air mengalir, tidak kurang juga dengan bunyi gitar tadi, cuma makin lama, alunan itu kian mendayu dan sedih.

Setelah dia berada agak dekat dengan sungai yang mengalir deras tersebut, dia dapat melihat seorang lelaki yang memakai t-shirt kelabu dan seluar track memetik gitar akustik dengan penuh khusyuk.
__________________

Rika memasuki bilik yang dikongsi bersama Mia. Kelihatan gadis itu sedang nyenyak tidur diatas katil size queen miliknya. jangan terkejut, memang semua bilik di sini ditatahias dengan mewah, sementelah sekolah ini merupakan sekolah yang terkenal di negara ini.

Sekolah magis disini hanya mengambil pelajar tingkatan dua dan keatas sahaja, melainkan sekolah khas yang merupakan satu-satunya sekolah yg mengambil pelajar seawal usia 10 tahun. Sekolah itu sangat memilih pelajar, kerana umur 10 tahun bukanlah usia yang cukup matang untuk bergelar seorang ahli sihir. Disebabkan itu juga sekolah magis hanya mengambil pelajar tingkatan 2 dan keatas sahaja.  

Bilik itu terdapat dua buah katil kanopi saiz queen. Katil Mia berwarna krim. Dia pula hitam dan putih, warna kegemarannya.

Mia pernah berkata bahawa katil yang bertemakan warna kegemarannya itu menyeramkan. Tapi bagi Rika warna hitam dan putih itu seakan ada tarikan. Kenangan masa lalu barangkali. Ibunya mendakwa bahawa dia pernah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu balik dari sekolah sehingga mengakibatkan amnesia. Sejak itu dia tidak mengingati apa-apa dari zaman kecilnya. Cakap pasal ingat tak ingat ni, lantas fikiran Rika kembali ke waktu dia di dalam hutan tadi.


Dia terus mendekati lelaki itu perlahan-lahan. Lelaki itu sedang duduk di atas batu besar. Disebabkan perasaan ingin tahu yang kian mencanak naik, Rika mula mengambil inisiatif berjalan di atas batu-batu yang berada di situ untuk menghampiri jejaka tersebut.

Setelah dia berada di belakang lelaki itu, secara tiba-tiba lelaki itu berpaling sekaligus menghentikan petikannya tadi. Apabila lelaki itu berpaling, sudah semestinya Rika terjatuh. Tetapi dia bernasib baik apabila lelaki itu memaut pingangnya, lantas menyelamatkan dirinya dari basah lencun bermandikan air sungai.

Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat lelaki itu merupakan Zack. Terbuntang matanya dan mata Zack. Agak lama mereka dalam keadaan itu. Akhirnya mereka tersedar. Zack melepaskan rangkulannya. Dia berdehem dan Rika terus memandang kebawah sambil menggigit bibir bawahnya.

"Erm, sorry.” Ujar Rika masih menunduk ke bawah.

"Apa kau buat kat sini??" Zack bertanya sambil berjalan menuju ke tebing sungai.

"Er, saya tersesat sampai sini, could you help me get out of tis place?" Dia turut menuju ke tebing sungai .

"Kau kan ada what-so-called 'instinct', asal tak cari jalan sendiri??" Zack menjawab sarkastik bersama senyum sinisnya.

“Instinct is not magic that could bring us anywhere." Jawabnya tidak ingin mengalah. 'Baru sekejap tadi aku rasa macam nak 'fall', tapi tak jadi laa, too sarcastic...'

 “Huh, fine then, but after you say that i'm better than you." Zack mendengus perlahan.

 "Tu je??"

 "That's all, ke kau nak lebih lagi, aku on je." Zack masih tersenyum sinis. Terus Rika menggeleng.

Zack menepati janjinya. Buktinya, sekarang dia telah berada di dalam bilik. Teringatkan kejadian tadi, terus jantungnya berdegup kencang.

'Ah, apasal dengan kau ni Rika, dia baru paut pinggang pun dah 'jatuh' ke?? wow, tak terjatuh tapi 'jatuh'...bahaya ni..' enggan terus memikirkan perkara itu, Rika menuju ke arah bilik air. Ingin membersihkan diri. Melekit rasa badannya kini. Setelah siap membersihkan diri, Rika terus menerjah bantal dan tidur.
____________________        

'Fuuuh, asal aku terfikirkan minah tu pulak, dan asal aku rasa macam nak terus peluk je dia tadi, aku dah 'fall' ke? oh no, tidak, tidak, tidak, i'm not falling for her,yeah,that for sure. emmm, i'm not falling, just berdebar je, yalahkan, mana ada pernah aku pegang orang pompuan.... ya, just my hormone... nothing more nothing less.....' 

"Yo bro, asal pegang dada, lu sakit ke?" Ken bertanya setelah puas melihat Zack yang dari tadi menggelengkan kepalanya, tersengih dan pegang dada.

'Dahlah balik lambat, aku tanya tak jawab pulak tu. Hish, bertuah punya kawan.’ Disebabkan bengang yang teramat, Ken membaling bantal ke arah Zack. Tersentak lelaki itu dibuatnya.

"Woi, kau dah kenapa, tiba-tiba main baling-baling bantal. Kempunan jadi perempuan apa??? Main lawan bantal segala."

"Dah tu, aku panggil kau tak jawab, cara kasar laa aku pakai, kau ni kenapa, angau, first-sight love ????? Nak kata baru lepas jumpa makwe, kau tak couple lagi... kau jumpa awek mana ni, sampai terpegun aku tengok, kau dah parah ni weh..... Bawa aku jumpa girl tue, biar aku tolong lamarkan dia untuk kau," Ken berkata serius.

"Dah.. Tak payah nak mengarut. Aku cepuk juga kang," Zack membalas dalam nada marah.

"Relax bro. Chill... Sorry okay?"

"Hmmm, yelaa..."

Tuesday 18 December 2012

Dark's Love 4

"Argh, aku tak puas hati betullah dengan budak baru tu.... gosh damnit!!!"

"Apa masalah kau ni bro, budak baru tu bukan ada kuasa pun, yang kau tak puas hati sangat ni kenapa?"

"Tak de ah, tapi dia macam mencabar aku masa kat kelas Madam Dee hari tu... Macam aku tak tahu, asal aku lalu je mesti diorang cakap pasal benda tu, bisik laa slow mana pun macam aku tak dapat dengar."

"Tenang, bro.. Tapi kalau kau nak tahu, dia tak tahu pun asal dia rasa macamtu." Dia faham benar dengan kelebihan Zack, mampu mendengar melebihi 10 batu. Dia sendiri mampu membaca fikiran orang lain.

Memang semua wizard dengan witch dekat situ mempunyai satu kelebihan melainkan dia memiliki kelebihan dari Ratu, iaitu pemerintah kerajaan Sferdstone, disitu terdapat dua golongan, iaitu Shfochus dan Shasterd. Shasterd merupakan golongan ahli sihir yang menggunakan tongkat untuk menggunakan magis. Shfochus pula merupakan golongan ahli sihir yg tidak perlu menggunakan tongkat untuk mengalirkan kuasa magis. Untuk mencapai tahap ini, Shasterd perlu bersedia dan rela dengan seikhlas hati untuk membenarkan tenaga magis itu mengalir di dalam badannya.

"Ken, kau cakap senanglah, bukan kau yang dimalukan depan satu kelas." Dia memandang Ken tajam.

"Okay, relax bro. Apa kata kau kenakan budak baru tu, bagi dia terseksa sikit dekat sini." Ken cuba untuk meredakan ketidakpuasan hati kawannya itu.

"Good idea bro, apa kata, kita set prank dekat dia dengan budak nerd tu sekaligus, amacam??" Zack kembali ceria.

"Budak nerd tu, kau suruhlah mana-mana cikgu panggil dia, baru takde orang tolong budak baru tu nanti." Ken seboleh-bolehnya tidak mahu Zack tahu tentang perasaan sebenarnya terhadap Mia, gadis pendiam yang mampu membuatkan dia tidak tidur malam.

"Betul juga cakap kau kan." Zack menggosok dagunya.

"I'll make a plan to trick her, you need to help me bro, aku tak berapa arif sangat pasal pranking orang ni." Zack menyambung katanya. Ken tergelak. Asalkan bukan gadis idamannya, dia okay je.
__________

Rika menapak dengan penuh ragu-ragu menuju ke kelasnya. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Apabila dia sampai ke pintu kelas, dia membuka tombol pintu tersebut dan menggunakan kayu yang dikutipnye sewaktu dalam perjalanan ke kelas untuk menolak pintu tersebut.

Telahannya terbukti benar apabila sebuah baldi yang dipenuhi dengan air longkang jatuh kelantai. Air yang berada di dalam baldi itu tumpah dan mengeluarkan bau yang menyakitkan segenap ruang hidungnya.

Dia ingin berlalu untuk mengambil mop, tetapi saat terpandang Sir Fag, dia segera mengubah haluannya. Mengikut cerita Mia, Sir Fag merupakan guru yang tergarang di akademi ini. Dia melangkah masuk sambil cuba mengelak dari terkena air longkang tersebut. Mujur saja dia memakai seluar hari itu. Kalau skirt labuh?? Hai, nasib kau lah Rika..... pandangan sinis budak-budak dari dalam kelas tidak diendahkan.

"Ni siapa punya kerja ni?" Sir Fag menyoal garang sambil jari kanannya merujuk ke arah air yang bewarna coklat cair dan sedikit berlendir itu. Secara spontan, semua batang jari telunjuk menunjuk ke arah Rika. Rika sudah menelan air liur. 'aku ke???'

Sir Fag melepaskan keluhan dan membaca sedikit jampi, air itu hilang berserta dengan baunya.


"Lain kali jangan buat lagi!" Sir Fag bersuara tegas namun masih dalam kadar lembut. Seluruh isi kelas itu tercengang.