Tuesday 18 December 2012

Dark's Love 4

"Argh, aku tak puas hati betullah dengan budak baru tu.... gosh damnit!!!"

"Apa masalah kau ni bro, budak baru tu bukan ada kuasa pun, yang kau tak puas hati sangat ni kenapa?"

"Tak de ah, tapi dia macam mencabar aku masa kat kelas Madam Dee hari tu... Macam aku tak tahu, asal aku lalu je mesti diorang cakap pasal benda tu, bisik laa slow mana pun macam aku tak dapat dengar."

"Tenang, bro.. Tapi kalau kau nak tahu, dia tak tahu pun asal dia rasa macamtu." Dia faham benar dengan kelebihan Zack, mampu mendengar melebihi 10 batu. Dia sendiri mampu membaca fikiran orang lain.

Memang semua wizard dengan witch dekat situ mempunyai satu kelebihan melainkan dia memiliki kelebihan dari Ratu, iaitu pemerintah kerajaan Sferdstone, disitu terdapat dua golongan, iaitu Shfochus dan Shasterd. Shasterd merupakan golongan ahli sihir yang menggunakan tongkat untuk menggunakan magis. Shfochus pula merupakan golongan ahli sihir yg tidak perlu menggunakan tongkat untuk mengalirkan kuasa magis. Untuk mencapai tahap ini, Shasterd perlu bersedia dan rela dengan seikhlas hati untuk membenarkan tenaga magis itu mengalir di dalam badannya.

"Ken, kau cakap senanglah, bukan kau yang dimalukan depan satu kelas." Dia memandang Ken tajam.

"Okay, relax bro. Apa kata kau kenakan budak baru tu, bagi dia terseksa sikit dekat sini." Ken cuba untuk meredakan ketidakpuasan hati kawannya itu.

"Good idea bro, apa kata, kita set prank dekat dia dengan budak nerd tu sekaligus, amacam??" Zack kembali ceria.

"Budak nerd tu, kau suruhlah mana-mana cikgu panggil dia, baru takde orang tolong budak baru tu nanti." Ken seboleh-bolehnya tidak mahu Zack tahu tentang perasaan sebenarnya terhadap Mia, gadis pendiam yang mampu membuatkan dia tidak tidur malam.

"Betul juga cakap kau kan." Zack menggosok dagunya.

"I'll make a plan to trick her, you need to help me bro, aku tak berapa arif sangat pasal pranking orang ni." Zack menyambung katanya. Ken tergelak. Asalkan bukan gadis idamannya, dia okay je.
__________

Rika menapak dengan penuh ragu-ragu menuju ke kelasnya. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Apabila dia sampai ke pintu kelas, dia membuka tombol pintu tersebut dan menggunakan kayu yang dikutipnye sewaktu dalam perjalanan ke kelas untuk menolak pintu tersebut.

Telahannya terbukti benar apabila sebuah baldi yang dipenuhi dengan air longkang jatuh kelantai. Air yang berada di dalam baldi itu tumpah dan mengeluarkan bau yang menyakitkan segenap ruang hidungnya.

Dia ingin berlalu untuk mengambil mop, tetapi saat terpandang Sir Fag, dia segera mengubah haluannya. Mengikut cerita Mia, Sir Fag merupakan guru yang tergarang di akademi ini. Dia melangkah masuk sambil cuba mengelak dari terkena air longkang tersebut. Mujur saja dia memakai seluar hari itu. Kalau skirt labuh?? Hai, nasib kau lah Rika..... pandangan sinis budak-budak dari dalam kelas tidak diendahkan.

"Ni siapa punya kerja ni?" Sir Fag menyoal garang sambil jari kanannya merujuk ke arah air yang bewarna coklat cair dan sedikit berlendir itu. Secara spontan, semua batang jari telunjuk menunjuk ke arah Rika. Rika sudah menelan air liur. 'aku ke???'

Sir Fag melepaskan keluhan dan membaca sedikit jampi, air itu hilang berserta dengan baunya.


"Lain kali jangan buat lagi!" Sir Fag bersuara tegas namun masih dalam kadar lembut. Seluruh isi kelas itu tercengang.

No comments:

Post a Comment