Sunday 25 November 2012

Dark's Love 3

"Rika!!!!"

"Hey,Mia...!! Kalau nak jerit tu agak-agaklah sikit.... Mahunya aku mereng sehari." Ketika itu mereka didalam bilik asrama mereka selepas makan malam, Rika diletakkan sebilik dengan Mia bagi memudahkan urusan mereka.

"Sorry, I can't help it.. Aku ada dengar cerita kau pergi tukar bahan Zack erkk??? Hebat gila kau, aku pun tak dapat beza Baby Blu Tree dengan Ocean Light Tree tahu..." mata Mia bersinar keriangan.

"Baby Blu? Ocean Light Tree?"

"Pokok yang kau ambil tadi la, kau tak tahu nama pokok-pokok tadi?"

"nope." ringkas saja jawapan Rika.

"Habis tu macam mana kau tahu Zack ambil pokok yang salah???" 'pelik betul minah ni, tukar tapi tak tahu nama bahan tu? Weird.' desis hati Mia sambil menggaru kepalanya.

"Aku ikut instinct aku je laa.... serious aku tak tahu, aku pun tak tahu kenapa aku rasa macamtu."

"Pelik.... tapi ayat kau tadi tu macam orang baru jatuh cinta pula." ujar Mia selamba.

"Banyak la kau punya jatuh cinta, karang ada orang jatuh katil jangan salahkan aku," Rika menjelir lidahnya kearah Mia.

"Okay-okay.... relax, oh yeah, nanti kalau dalam kelas kau tak payahlah rapat sangat dengan aku....."

"Kenapa??? Kau malu kawan dengan orang takde kuasa eh?"

"No!!!! Tapi aku takut kau kena buli nanti, aku ni budak nerd, so, diorang selalu buli aku... aku tak nak satu-satunya kawan aku kena buli..." lirih suara Mia menafikan tuduhan Rika.

"Alah benda cenonet macam tu je??? Cuba kau fikir, aku ni tak ada kuasa, jadi, diorang akan lebih buli aku.... so, lebih baik aku dekat dengan kau, selamat sikit." Rika meluahkan pendapatnya.

"Oooww, jadi kau nak amek kesempatan la ni??? Kurang asam punya kawan... Tapi fikir balik memang betul pun apa yang kau cakap tu..." Mia dan Rika tertawa.

"Hard or easy, together we stand!" Rika menjerit sambil membuat high five yg disambut oleh Mia.
____________

 "Hei guys, tengok siapa masuk, budak nerd and budak tak ada power berkawan laa!” jerit Zack.

"Memang padan pun kan, takkanlah diorang nak kawan ngan kita yang lagi tinggi levelnya, seorang nerd, seorang lagi tak ada kuasa, padan sangat laa tu, kan girls???" Tanya sorang budak perempuan yang hanya memakai dress singkat -mentang-mentang sekolah ni bagi berpakaian bebas- kepada kawan-kawannya sambil mengangkat kening ala double jerk...

"Siapa tu??? Dia tu sengkek erk,sampai kain baju pun tak mampu beli???" Bisik Rika kepada Mia sambil berjalan ke tempat duduk mereka.

“Hahh?” Mia mengangkat keningnya lalu tertawa kuat sambil menekan perutnya yang senak. Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut memandang Mia.

'Tak pernah-pernah budak ni gelak. Tiba-tiba hari ni terbahak... pelik ni.' antara fikiran pelajar dalam kelas itu.

"Rika, you make me sick, kalau Sya dengar apa yang kau cakap tu, memang dia kejar kau tak cukup tanah tahu."


"Tak cukup tanah aku bagi lantai simen pulak." kali ni Rika dan Mia pula ketawa.

1 comment:

  1. 1st time msuk sini n bc story kat sini...
    not bad n kalo nak request blh x???
    blh bnykkn entry x...prasaan menunggu n nak tahu tu mmg menyakitkan...adoiii serius xsbr nak tau ap jadi kat rika ni...smbung cpat2 n buat la entry panjang2 skit...

    ReplyDelete