Thursday 25 October 2012

Dark's Love 1

1:
Bisikan di antara pelajar sekolah itu kedengaran kuat apabila mereka diberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang kuasa magis. Akan tetapi dia tidak menyalahkan mereka kerana dia juga masih bingung, keliru dan tidak percaya bahawa ibunya merupakan keturunan ahli sihir di negara yang tidak diketahui.

"Okaylah, mungkin kamu semua masih terkejut, tapi saya harap kamu semua tak buli dia ya, mentang-mentang dia tidak ada kuasa magik terutama sekali kamu Ken. Jangan ingat saya tak akan ambil tindakan ya, sekarang ni saya tengah kumpul hukuman kamu, biar patah tangan kamu nak guna kuasa magis, faham?" suara miss Lia lantang, kalah guru disiplin di sekolah lamanya.

"Mana saya buli budak camni Miss, usik skit je." laung seseorang sambil menunjukkan jari telunjuk dan ibu jari yang rapat namun masih tidak bersentuhan menunjukkan bilangan yang sedikit.

"Yalah tu, kamu ingat saya boleh percaya kamu ke? dah cukup la untuk sesi pengenalan ari nie, Rika, mari, kamu perlu berjumpa dengan pengetua dan guru penyelaras kamu pula."

"emm,baik ...... Miss," ucap Rika tergagap, tersedar dari lamunannya, akademi ini memang cantik dan lebih besar dari akademinya yang sebelum ini, di koridor, dia dapat melihat ukiran pada siling dan tengah dinding. Ia berbentuk bunga yang juga tidak di ketahui, tapi sungguh cantik dan unik dimatanya.
_______________

"Macam mana Rika, sekolah kat sini?" soal seorang wanita yg berambut putih namun masih kelihatan muda.

"mmm, setakat ni, okaylah."

"Don't worry, you will get used to it, everything here is 'magical', okay... oh yeah forgot to tell you, call me Madam Sandra." Ujar wanita tadi.

"I'll try to get used to this, tapi saya pelik, kenapa saya macam tak terkejut pun with all this stuff?"

"Suatu saat nanti kamu akan tahu semuanya, okay?"

'Sama macam yang mama cakap.'


“Baiklah madam.”

1 comment: