Wednesday 26 March 2014

Dark's Love 15

"Kamu gila??! Mana boleh buat macam tu!!" Keras Madam Sandra berkata. Bagaimanalah Rika boleh mendapat idea sebegitu.

"Tak boleh err? I should just reveal myself then." Sekelip mata dia menukar pakaian yang dipakai ke sekolah kepada sesuatu yang lebih elegen.

"Where do you think you are going, young lady???"

"The heart of Pouwer City where everything is dreamy...!" Rika memberikan senyuman manis kepada Madam Sandra yang mukanya sudah ketat tidak dapat dikawal riak.

"What, jangan buat kerja gila Rika... There's thousands of eyes watching there! Not to mention dark eyes!!"

"It's your choice, madame.." Rika tersenyum sinis. Melopong mulut Madam Sandra tidak percaya. Sudahlah permintaan Rika tidak masuk dek akal, akan tetapi, takkanlah dia hendak membiarkan Rika mendedahkan identiti dirinya dalam situasi begini.

'Arghhhh, kenapalah budak ni keras kepala sangat?' Hati Madam Sandra berbisik. Rika di hadapannya masih tersenyum sinis.

"Okay… Datang sini esok, sebelum matahari terbit. Kamu lambat perjanjian kita dikira batal." Akhirnya Madam Sandra mengalah. Rika tersenyum kemenangan apabila Madam Sandra mendengus.

"I considered that as a deal then. Nice to talk to you, Madame."
________

Rika berjalan menuju ke Hutan Maggiore. Dia dapat melihat Madam Sandra menyediakan bahan-bahan untuknya pergi ke dimensi lain.

Negara mereka, Sferdstone, mempunyai hubungan erat dengan kerajaan-kerajaan dimensi lain seperti Reasaw, Haqwin dan Gert.

Tika ini, dia sedang bersedia untuk ke Haqwin, di mana ramai ilmuwan dan cendekiawan Sferdstone berpindah setelah perang. Dia ingin menuntut ilmu sihirnya kembali.

"Kamu pasti nak pergi ke sana seorang diri? Saya tak nak bertanggungjawab kalau kamu ditangkap penjaga dimensi." Madam Sandra berkata tegas.

Walaupun sudah dikenakan pelbagai jampi dan perlindungan namun kadang-kala ahli sihir tertangkap juga oleh penjaga dimensi. Penjaga dimensi tidak akan melepaskan sesiapa melalui laluan antara dimensi tanpa urusan rasmi.


"Don't worrylah, kalau saya kena tangkap, saya takkan sebut nama Madam. Promise..!" Selamba Rika berkata tanpa memikirkan nasibnya di laluan antara dimensi.

No comments:

Post a Comment