Tubuh Rika menghempas
lantai hutan sebaik sahaja dia memasuki dimensi dunia Haqwin 'World of
Sorcerer'. Kesemua ilmuwan, cendekiawan dan pakar magis termasuk magis hitam
berpindah ke sini selepas perang antara Black Royal dan Pearl Royal.
Atas sebab apa perang itu
terletus tidak pula diketahui kerana dalam buku sejarah hanya menceritakan betapa
perang itu menjejaskan negara, rakyat malahan pembangunan negara itu. Dia tidak
dapat membayangkan jikalau dia wujud ketika itu. Mungkin dia sudah mati katak
bersama kanak-kanak yang lainnya.
"Aucchh, nasib baik
sempat lari kalau tak dah jadi korban aku agaknya." Rika merungut
perlahan. Dia bangkit dan mula berjalan untuk keluar dari hutan tebal itu.
‘Kenapa la aku tak minta
peta kat Madam Sandra tadi.’
Setelah setengah jam
'meronda' hutan itu, dia dapat melihat sebuah pondok yang agak uzur. Dia
melangkah perlahan ke arah pondok itu dan menjengukkan kepalanya ke dalam
pondok itu melalui pintu.
"Kamu cari
siapa?" Hampir terlompat Rika apabila ada suara yang menegurnya dari
belakang. Dia mengurut dadanya perlahan.
"Uhm, saya, uhm,
saya..."
"Kamu cari Sir
Qewrizz, kan?" belum sempat Rika menghabiskan ayatnya, orang tua di
hadapannya terlebih dahulu memotong kata-katanya. Rika menganggukkan kepalanya.
orang tua itu memasuki rumah itu.
'Macam mana dia tahu aku
nak cari white and black magics possessor?' Rika berfikir sendiri, dia tidak
lupa untuk mengawal fikirannya dari dibaca sesiapa.
"I'm the white and black
magics possessor, PRINCESS." Rika membulatkan matanya.
'Patutlah dia tahu.' Dia
berfikir lagi namun dia tidak mengawal fikirannya kali ini mengetahui tindakan
itu sudah tidak berguna lagi. Lelaki tua di hadapannya ini tetap akan tahu apa
yang dia fikirkan.
Lelaki tua itu berpusing
ke arahnya membawa sedulang teko dan dua cawan antik. Dia menepuk kerusi di
sebelahnya. Rika bergerak ke arah kerusi itu dan duduk. Lelaki tua itu mengisi
kedua-dua buah cawan itu dengan air dari teko. Dia meletakkan cawan itu di atas
meja kopi berdekatan Rika.
"Kalau pakcik dah
tahu, bila saya boleh menuntut balik?" Rika tidak menunggu lama untuk
menyuarakan hajatnya. Lelaki tua itu menggelengkan kepalanya.
"Apa maksud pakcik?!!"
Rika meninggikan suaranya dan bangkit dari duduknya. Lelaki tua itu tersenyum
nipis.
"Cik princess kena
belajar bersabar dulu sebelum belajar those chants back." lelaki tua itu
tersenyum sinis. Rika mengeluh perlahan.
"I've forgotten
almost everything that happened in my life. Help me... PLEASE~" Rika
menekan perkataan 'please'.
"Very much enough...
Saya akan start esok… Bilik cik dah saya sediakan... Pergilah berehat, mesti
penat lari dari 'pengejar nyawa' tu kan?" Kali ini lelaki tua itu
tersenyum manis. Rika mengganggukkan kepalanya dan bergerak kearah bilik kecil
yang disediakan oleh lelaki tua itu.
Best
ReplyDeleteLambat lagi ke sambungan???
nak sambungan...penulis knp menyepi ni?
ReplyDelete