Sunday 22 May 2016

Dark's Love 19

Okay, first of all, saya nak minta maaf sebab dah laaaamaaaa x update n langgar janji nak update cepat-cepat.. serious ni, SORRY!!

anyway, ingat nak update 2 chapt sekali gus tapi saya sangatlah takde idea TT^TT (sebab utama kenapa lambat update XPPPPPPPP)

==========

Akademi pada pagi itu tidak seperti selalu. Awan hitam berarak menyelubungi kawasan sekitar Akademi. Lampu amaran awal-awal lagi sudah dinyalakan dan buat sementara waktu, semua pelajar Akademi dikumpulkan di dewan serbaguna.

“Rika, aku takutlah,” tangan Rika dipegang sekuat yang mungkin bagai nyawanya bergantung kepada tangan halus itu. Perlahan, Rika cuba melepaskan lengan yang digenggam Mia lalu tangannya terus memaut bahu Mia rapat dengan dirinya.

“Takde apalah. Jangan risau, cikgu-cikgu semua mesti dapat selesaikannyalah.”

“Gila tak risau, kau tak ingat ke muka Mister Ghilly tadi? Itu first time aku tengok dia seserius tu.”

“Mungkin berlaku glitch ke apa ke. It’s nothing serious Mia.”

“Macam mana kau boleh yakin dan tenang macam ni? Kau lupa ya apa yang kita belajar time sejarah hari tu? Dark’s Clan is coming back! Diorang akan datang balik untuk claim tanah Sferdstone.” Mia menjegilkan matanya.

“Yeah, and anak kepada kegelapan DAN cahaya akan selamatkan kita semua. Dark will never win, trust me,” tangan Mia yang terketar-ketar itu digenggam kuat.

“Betul tu, our Princess akan datang dan lindungi kita dari musuh anytime sooner.” Suara asing yang mencelah perbualan mereka berjaya menangkap tumpuan hampir seluruh badan pelajar.

Bunyi tapak kaki berdetak saling bertindih dengan bisikan-bisikan khabar angin mula kedengaran di dalam dewan itu.

“Kejadian dah dikenalpasti sebagai glitch antara dimensi jadi kamu tak perlu risau dan kembali kepada rutin harian kamu.” Pengumuman itu disudahi dengan senyuman manis.

“Oh, Miss Rika, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?”

“Ummm, sure,” dia memandang Mia lalu menganggukkan kepalanya. Mia berlalu dari situ dengan teragak-agak.

“It’s not a glitch,”

“I know, we need to speed up our preparation. Kita berada dalam situasi yang tidak boleh dijangka, saya mengharapkan preparation yang lagi teliti from the government. Tolong sampaikan itu kepada menteri terlibat.”

Nada suara yang tadinya memberi harapan berubah beku dan monoton. Muka yang tadinya ceria, keruh dengan pelbagai emosi terpendam.

“Baiklah, Princess.”

“One more thing, pastikan semuanya dilakukan secara diam-diam. Jangan sampai rakyat tahu. It will cause chaos otherwise,” suara mengarah Rika mendapat respon anggukan pendek dari Madam Sandra.

__________

Geng-geng Sya memandangnya bagai hendak tebus lubang di kepalanya. Dahinya berkerut dan jantungnya berdegup laju disaat mereka mendekati tempat dia berdiri.

‘Aish, kenapalah time ni juga Madam Sandra nak jumpa Rika. Rika, cepatlah tolong aku…’ suara hatinya berbisik. Laju langkahnya diatur ingin beredar dari situ namun, Sya dan gengnya yang seramai enam orang itu berjaya mengepungnya.

“Going somewhere nerdy?” Sya bertanya sinis.
“Ummmm, aku-aku kena pergi ju-jumpa cikgu, tumpang lalu.” Tergagap-gagap Mia ingin melepaskan diri dari situasi itu. Tangannya menolak bahu salah seorang dari mereka untuk keluar dari bulatan manusia itu.

“Woah, jangan nak lari, aku tak habis lagi dengan kau,” Sya menarik tangan Mia kasar, kembali ke dalam bulatan yang dibuat mereka. Mia kemudiannya dihempas ke dinding yang berdekatan.

“Aku tak faham apa yang istimewa sangat kau ni. Dahlah clumsy, hodoh, nerdy pulak tu.” Sesudah sahaja habis dia berkata, pipi Mia ditampar kuat. Mia menjerit, terkejut dengan tindakan rakan sekelasnya. Dia dapat merasakan bibirnya berdarah.

“Aku bagi amaran sekali je, jangan pernah sekali-kali dekat dengan Ken, dia hak aku. Faham?!” Sya menggertak.

“A-aku m-ma-mana p-pernah d-dekat dengan K-Ken.”

“Ikut jelah apa aku suruh, kalau tak aku buat lagi teruk dari ni…” belum sempat Sya habis berkata-kata, dia sudah dicelah oleh jejaka yang menjadi topik ‘perbincangan’ mereka.

“Cukuplah Sya, aku, Kenbi Hasawika, tak akan jatuh cinta dengan kau, Syaween.” Suaranya yang kuat itu menarik perhatian mereka. Bukan sahaja Ken, malah Rika juga berada di situ.

“Hah, kau tanya apa istimewanya dia? Dia lebih baik dari kau Sya, get that in your head.” Dengan setiap perkataan terlontar, Rika bergerak menghampiri mereka dengan mata tak lepas memandang Sya.

“Tell that to yourself, Mugblood.”

Rika tidak berkata apa-apa, dia hanya tersenyum sinis dan kemudiannya menarik Mia dari kepungan mereka.

“We will see about that, Shasterd.”

Ketika mereka berlalu pergi dari situ, Rika melihat ke dalam mata Ken.


‘Thanks, and good job I guess.’ Dia bercakap secara telepati. Ken hanya memandangnya tajam.

No comments:

Post a Comment