Sunday 13 December 2015

Dark's Love 18

“Laaaaa, Madam rupanya. Saya ingatkan siapalah tadi…” Rika merungut sebelum bergerak tersenyum kearah Madam Sandra lalu memeluk wanita ratusan tahun itu.

“Jadi, macam mana trip awak?” Madam Sandra bertanya lembut.

“All business, aren’t we? Anyway, trip tu okay and great. Saya jumpa Sir Qewrizz since day one, so that cut a lot of time.”

“Oh, that’s awesome, by the way, kamu baru tiada selama seminggu dan saya bagi alasan kamu ada hal di rumah. Pandai-pandailah kamu cover, ya?” dengan pesanan itu, Madam Sandra berlalu keluar dari pejabatnya.

‘Seminggu baru? Oh yeah, masa dimensi bergerak lain-lain. Apalah kau ni Rika.” Rika mengetuk kepalanya perlahan bersama senyum kecil.
__________

“Kau tak nak cerita ke apa kau buat minggu lepas?” Mia menjuihkan bibirnya sedikit.

“Ieeee, nope, peribadi la sayang… Dahlah juih tu, nanti ada orang fall kang,” Mia mengubah riak mukanya kepada menjeling Rika tajam.

“Siapalah nak fall kat aku ni Rika oi.” Mia mendengus perlahan sebelum berjalan laju sedikit dari Rika tanda merajuk.

‘Oh there is someone Mia, right Ken?’ kepalanya ditoleh ke belakang untuk melihat reaksi Ken. Seperti yang dia jangkakan, reaksi Ken amatlah priceless apabila jejaka itu terbatuk tak henti-henti dengan matanya terbeliak. Rika tergelak perlahan dan kembali mengejar langkah Mia yang makin laju.
__________

Mia menolak Rika melalui pintu kelas perlahan kerana gadis itu tidak henti-henti mengusiknya tentang secret admirer yang entah wujud entah tidak.

“Woitt, janganlah marah. Kalau aku jatuh kau juga yang susah tahu?” Rika membalas dengan menolak Mia ke depan.

“Apa-apalah makcik. Aku nak study!” Mia menjelir lidahnya ke arah Rika dan berpusing ingin menuju ke tempat duduknya. Langkahnya terhenti tatkala dirinya berlanggar dengan Ken.

“Arr, s-so-sorry..” Muka Mia berubah merah dan kata-katanya tersangkut-sangkut. Dia mengangkat wajahnya dan mendapati Kenbi Hasawika player sekolah berubah merah. Mia tergamam seketika sebelum bergegas ke tempatnya.

Rika yang tadi di belakangnya tergelak perlahan. Untuk itu, dia menerima tiga jelingan mata. Satu dari insan yang dekat di hatinya dan dua lagi dari mereka yang ditolak cintanya, atau kita boleh katakan empunya cinta tak berbalas. Gelaknya makin kuat.
__________

“Bro, kau apa kes? Pucat je aku tengok dari tadi.” Zack menumbuk perlahan lengan Ken yang sedang mengelamun. Soalan Zack dibiar tidak berjawab.

“Bro, aku rasa my secret’s out dan aku rasa sangat creepy dengan orang tu sekarang.” Ken meletakkan kepalanya di atas meja.

“Apa benda kau mengarut ni? Orang tu? Orang mana pula? Miana ke??!” Zack bertanya risau. Sebenarnya dia sudah tahu tentang perasaan Ken terhadap pelajar perempuan bermata empat di dalam kelas mereka.
“No, bukan dia…”matanya bertukar murung.

“Wait, mana kau tahu pasal benda tu?” Ken terus tegak duduknya menghadap Zack.

“You see bro, aku dah jadi roommate kau since we’re fourteen. Ain’t that something I should know just dengan tengok and perhati macam mana kau react bila Mia ada?” Zack mengangkat keningnya berkali-kali ingin mengusik.

“Diamlah kau, macam aku tak tahu kau ada something-something dengan budak baru tu.” Muka Zack bertukar tegang. Terus sahaja Ken gelak terbahak-bahak.


“You see bro, you’re not the only one paying attention kat benda macam ni. I could read minds, remember?” kali ini Ken pula yang bermain dengan keningnya sementara Zack hanya mencebik, tidak senang dengan usikan yang diterima.

No comments:

Post a Comment