Friday 1 November 2013

Dark's Love 12

Rika duduk di atas katilnya sambil mengeringkan rambut yang masih basah. Perlahan, keluhan dilepaskan. Dia memerhatikan tangannya. 'Apa yang aku buat tadi?' Matanya ditutup, bagaikan kilat satu persatu gambaran seorang wanita yang sedang mengajarnya mantera muncul di hadapannya, pantas dia membuka kembali matanya. 'Perempuan tadi....'
__________

Rika mengetuk lembut pintu kayu berukir tebal itu. Pintu itu terbuka sendiri. Dengan muka 'pokerface', dia melangkah dan terus duduk di kerusi kulit yang terdapat di tengah-tengah ruang itu. Dia memandang pintu itu dan bagaikan diberi arahan, pintu itu tertutup dalam diam.

"Sandra, I need to talk!" dengan keberanian yang agak sedikit, dia memanggil seorang yang sangat tinggi darjatnya hanya menggunakan nama depan.

"Princess, do you remember now??!" Bersama kabus, wanita itu muncul dengan muka yang terkejut di hadapan Rika. Rika berasa sedikit terkejut namun cepat-cepat dia mengawal raut mukanya.

'Princess?? Me?? Relax Rika, remember your mission.'

"Sikit, masih kabur, and because of that I want you to tell me everything." Sandra mengeluh perlahan, dia duduk di hadapan Rika.

"What did you know?" Sandra memandang tepat ke dalam mata Rika.

"I know this..." Rika memetik jarinya di hadapan Sandra. Dia nampak seorang budak perempuan dalam lingkungan usia 14 tahun melawan seorang lelaki berpakaian hitam sambil mengalirkan air mata. Tiba-tiba dia merasa tangannya bagai ditarik. secara serentak, segala gambaran tadi jatuh berkecai.

"Don't do it ever again!" Sandra berkata dalam keadaan termengah-mengah.

"Tell me the story then!" Rika mula menjerkah. Dia menarik kasar tangan Sandra supaya lengannya di lepaskan.

"It wasn't the right time now."

"What in the hell am I??! Even if you're not the one who told me, saya akan cari tahu apa yang dah terjadi sampai ke lubang hitam sekalipun." Rika mengucapkan kata terakhirnya sambil menunding jarinya ke arah Sandra. Dia berjalan pantas ke arah pintu yang baru sahaja terbuka. Keluar sahaja dia dari situ, terasa bagai kekuatan di kakinya hilang dan terus dia melorot jatuh bersama linangan air mata.

Tanpa disedari, dia kini sudah berada di sebuah taman bunga berlatarkan dinding hitam dan bunga lili putih. Sedikit demi sedikit esakannya berkurang. Setelah mindanya berada dalam keadaan sedar, dia mula terpinga-pinga. Bagaikan bermimpi dia ternampak seorang wanita berpakaian putih bersulam benang emas.

'Mama!'

Wanita itu menghulurkan tangannya. Rika ingin menyambut tangan mulus itu namun bagai digam dia tidak dapat menggerakkan sebarang anggota badan miliknya. Wanita itu tersenyum kecewa. Seperti dalam drama, dia mula berundur kebelakang dengan tangannya di hulur ke hadapan.

Tanpa dapat ditahan amarahnya mencanak naik. Nafasnya mulai berat.

"Arrrrrgh!!" dia menjerit meminta dirinya dikeluarkan dari bilik yang menyeksa emosi dirinya.

Pintu bilik muncul di hadapannya. Dengan keluhan berat dia melangkah masuk ke dalam bilik.
__________

Rika memandang ke luar tingkap, ramai pelajar mula memasuki pintu gerbang bersama beg-beg sebesar budak 5 tahun.

Bukan sahaja bagi mereka yang bercuti namun bagi dia juga, cuti panjang ini terasa singkat apatah lagi dia banyak menghabiskan masanya di pustaka sejarah dan ramalan. Tidak lupa juga bahagian 'ROYAL'. Kawasan terlarang  itu senang sahaja ditembusi dengan spell-spell yang dia ingat telah diajar oleh Madam Sandra.

'Aku ni keturunan royal ke??' Secara tiba-tiba, dia terfikir kenyataan itu.


'Impossible… Rika, kau memang tak cukup tidur sekarang ni.' Rika mengetuk perlahan kepalanya dan tergelak sinis. Cepat-cepat dia berbaring di atas katil dan melelapkan matanya.  

2 comments:

  1. thanx!!!tahu tak saya asyik type and backspace,couldn't think the continuation yet...

    ReplyDelete