Saturday 24 September 2016

Dark's Love 21

Benteng halimunan setinggi 800 meter di hadapannya dipandang kosong. Benteng yang membentuk kubah seluas 330 km persegi itu memerlukan hampir sebulan hasil kerja keras dua puluh ahli sihir terhandal Sferdstone termasuk dirinya.

Esok dia akan pulang ke akademi dan mula merancang strategi pertahanan negara bersama Madam Sandra. Dengan hanya memikirkannya boleh menyebabkan dia berasa pening. Matanya terpejam dan dia mulai menyedut udara segar kawasan pedalaman di antara sempadan Sferdstone dan negara-negara Matma (MAnusiaTanpaMAgis).

Ketenangannya terganggu apabila dua cahaya kuasa terbang melepasi dirinya. Keluhan kasar dilepaskan sebelum dia menggunakan kuasa levitasi menuju ke arah di mana cahaya kuasa itu ditembak.

“Seriously, korang dua tak boleh ke satu hari tak peningkan kepala aku? Apa kes pula kali ni?”

“Dia pecahkan aku punya powergem. That bastard deserve it.” Tangannya laju bergerak ingin menggapai lelaki yang sedang menyorok di belakang Rika, tahu dia tidak akan diapa-apakan sekiranya Rika terlibat sama.

“Aku tak sengajalah! Berapa kali nak cakap, balik Pouwer nanti aku gantilah balik powergem bodoh kau tu.” Gadis berambut paras bahu itu dipandang tajam.  

“Bodoh??! Bodoh kau kata? Itu powergem yang Uan bagi kat akulah sial!” cahaya kuasa ditembaknya lagi, kali ini lebih kuat. Kepala lelaki yang tadinya terkeluar sedikit dari belakang badan Rika menjadi sasaran.

“Kyou!! Oh my god, Yana, I thought you are better than this!” Rika pantas pergi kepada Kyou yang sedang terbaring kaku di lantai hutan tebal itu. Kyou kemudiannya diangkat di dalam bubble untuk dibawanya pulang ke home base.
“We are going to talk this out later. Sekarang baik kau tolong aku atau korang dua orang aku tinggalkan kat sini lagi seminggu.” Keras Rika memberi amaran. Ayana yang kaku melopong laju bergerak ke sisi Rika untuk membantu.
__________

Bilik kecil yang hanya mampu memuatkan sebuah katil single, meja dan almari itu dipandang sekilas. Pintu dikuak dan dia melangkah keluar bersama bagasinya. Belum separuh koridor dilaluinya, dia disapa oleh Ayana.

“Pasal semalam, aku nak minta maaf. Aku, aku betul betul tak sengaja nak lose control sampai macam tu,” kepalanya tertunduk, mukanya memerah dirona malu.

“Bukan kat aku kau kena minta maaf. Kyou yang sakit, bukan aku.”

“That bastard deserve that. Tapi, aku dah minta maaf so we are even.” Rika berkerut. Tahu sangat maaf itu tidak seikhlas yang diberi Ayana kepadanya.

“Kau tahukan kenapa dia buat semua ni? Kenapa dia selalu usik kau, kenapa dia selalu ada dengan kau,” mata kosong Ayana dipandang dalam.

“Aku tahu, tapi aku…” ayatnya tidak dapat diteruskan. Matanya bergenang menandakan hanya sekejap sahaja lagi linangan air mata akan mengalir jatuh ke pipinya.

Rika mengeluh. Tangan Ayana ditarik perlahan menuju ke kawasan taman untuk rakannya melepaskan segala yang berada di hati.

__________

i'm back!!!!!! WITH NEW CHARACTERS ^O^ haha >^<


 
Kyou Fuuya
                 Ayana Mattina

Sunday 24 July 2016

Dark's Love 20

“Apa maksud dia dengan ‘we couldn’t handle it’? I thought kita dah buang semua menteri yang tak bawa faedah untuk negara ni. Bukan ke diorang antara top witches and wizards?” belum sempat Madam Sandra berpaling untuk menyambut kedatangan Rika ke pejabatnya, dia sudah dilemparkan dengan soalan.

“Princess, we are doing our best here. Dan kita sekarang ni tengah kekurangan tenaga. Not all tops’ could handle the truth dan ramai dekat kementerian tu are actually being keep out in the dark, kita tak boleh nak percepatkan proses lebih dari sekarang ni.”

“Call me out. Cakap saya lawat, I don’t know, makcik sakit or something.” Matanya tepat memandang mata Madam Sandra.

“Princess sure ke boleh handle? Benda tu boleh ambil masa yang lama untuk disiapkan.” Dahi Madam Sandra berkerut memikirkan masalah yang dihadapinya.

“Penting ke semua tu? Kita kena lindungi ramai, it won’t do with those little shields. I’m going tomorrow. Maklumkan dekat guru kelas saya dan ingat, all of these must be kept secret.”

Rika berjalan keluar dari pejabat itu setelah dia mendapat anggukan dari Madam Sandra walaupun ia juga disertakan dengan riak muka tidak setuju.
__________

Kelibat Rika yang sedang mengemas beg pakaiannya mengundang rasa tidak senang dalam diri Mia.

“Kau nak pergi mana ni?”

“Ahh, aku k-kena balik. Family stuff.” Riak muka Rika jelas terkejut dengan kedatangan Mia. Dia cuba untuk mengelak dari Mia dengan menyibukkan dirinya melipat kembali baju yang sudah terlipat.

“Bukan kau dah balik bulan lepas ke? Kau diberi kebenaran balik lagi? That’s new,” Mia duduk di katil Rika bersebelahan dengan begnya.

“Well, it is an emergency. I’m sorry hon.”

“Nah, it’s okay. Aku just takut je. Apalagi dengan rumors yang cakap Dark is coming back. Aku takut sangat kalau something happens to either of us,” matanya berair tika mengenangkan nasib negara mereka yang tidak dapat dipastikan.

Betulkah princess akan kembali ke pangkuan negara yang memerlukannya lebih dari tika perang terbesar Sferdstone terletus. Betulkah mereka mampu mengalahkan kuasa kegelapan.

Mendengar suara Mia yang risau, dia mencapai tangannya lalu diusap perlahan.

“We are going to make it,” Rika tersenyum lembut memandang mata Mia.

“And, we are going to be together sampai kau kahwin, sampai kau dah anak cucu dengan Ken, basically kita akan sama-sama jadi tua and aku akan usik kau sebab ada wrinkles walaupun aku pun mungkin ada juga but teasing you would always be fun, so yeah.”

Rika bercakap penuh harap dan lembut sampaikan Mia hampir terlupa yang dia menyebut nama Ken sekali dalam bayangan masa depannya.

“Wait, apa maksud kau dengan aku kahwin dengan Ken? I almost got beaten up earlier because of him. Cukuplah dengan ship kau antara aku dengan dia tu, we are not together then, now and future,” mukanya berkerut dengan tidak puas hati manakala Rika hanya senyum meleret.

“Korang dua comel sangat, aku tak boleh nak control feels aku.” Melihatkan muka Rika yang bercahaya itu cepat sahaja tangannya memukul rakannya yang satu itu. Untuk satu malam itu, mereka menghabiskan masa bersama-sama dengan usikan dan gelak ketawa.
__________

“Semua paperwork dah selesai. You are leaving for personal reason, saya tulis kematian ibu saudara jauh. So you don’t have to worry about looking grieve.”

“Okay, thanks.”

“Satu hal lagi, please do me a favor and be careful.”

“I will Sandra, I will,” wanita itu didekati kemudiannya dipeluk erat. Pelukannya perlahan-lahan dibalas, membuatkan senyumannya timbul.

“Masa saya kecil dulu, masa kita practise magis sama-sama, I always thought of you as an older sister I never have,” matanya tertutup rapat, kembali mengenangkan masa yang mereka luangkan dahulu.

“That’s funny, remembering how you treat me like a younger sister, but sure, saya pun anggap Princess macam adik saya,” Madam Sandra tergelak perlahan.
__________

Sunday 22 May 2016

Dark's Love 19

Okay, first of all, saya nak minta maaf sebab dah laaaamaaaa x update n langgar janji nak update cepat-cepat.. serious ni, SORRY!!

anyway, ingat nak update 2 chapt sekali gus tapi saya sangatlah takde idea TT^TT (sebab utama kenapa lambat update XPPPPPPPP)

==========

Akademi pada pagi itu tidak seperti selalu. Awan hitam berarak menyelubungi kawasan sekitar Akademi. Lampu amaran awal-awal lagi sudah dinyalakan dan buat sementara waktu, semua pelajar Akademi dikumpulkan di dewan serbaguna.

“Rika, aku takutlah,” tangan Rika dipegang sekuat yang mungkin bagai nyawanya bergantung kepada tangan halus itu. Perlahan, Rika cuba melepaskan lengan yang digenggam Mia lalu tangannya terus memaut bahu Mia rapat dengan dirinya.

“Takde apalah. Jangan risau, cikgu-cikgu semua mesti dapat selesaikannyalah.”

“Gila tak risau, kau tak ingat ke muka Mister Ghilly tadi? Itu first time aku tengok dia seserius tu.”

“Mungkin berlaku glitch ke apa ke. It’s nothing serious Mia.”

“Macam mana kau boleh yakin dan tenang macam ni? Kau lupa ya apa yang kita belajar time sejarah hari tu? Dark’s Clan is coming back! Diorang akan datang balik untuk claim tanah Sferdstone.” Mia menjegilkan matanya.

“Yeah, and anak kepada kegelapan DAN cahaya akan selamatkan kita semua. Dark will never win, trust me,” tangan Mia yang terketar-ketar itu digenggam kuat.

“Betul tu, our Princess akan datang dan lindungi kita dari musuh anytime sooner.” Suara asing yang mencelah perbualan mereka berjaya menangkap tumpuan hampir seluruh badan pelajar.

Bunyi tapak kaki berdetak saling bertindih dengan bisikan-bisikan khabar angin mula kedengaran di dalam dewan itu.

“Kejadian dah dikenalpasti sebagai glitch antara dimensi jadi kamu tak perlu risau dan kembali kepada rutin harian kamu.” Pengumuman itu disudahi dengan senyuman manis.

“Oh, Miss Rika, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?”

“Ummm, sure,” dia memandang Mia lalu menganggukkan kepalanya. Mia berlalu dari situ dengan teragak-agak.

“It’s not a glitch,”

“I know, we need to speed up our preparation. Kita berada dalam situasi yang tidak boleh dijangka, saya mengharapkan preparation yang lagi teliti from the government. Tolong sampaikan itu kepada menteri terlibat.”

Nada suara yang tadinya memberi harapan berubah beku dan monoton. Muka yang tadinya ceria, keruh dengan pelbagai emosi terpendam.

“Baiklah, Princess.”

“One more thing, pastikan semuanya dilakukan secara diam-diam. Jangan sampai rakyat tahu. It will cause chaos otherwise,” suara mengarah Rika mendapat respon anggukan pendek dari Madam Sandra.

__________

Geng-geng Sya memandangnya bagai hendak tebus lubang di kepalanya. Dahinya berkerut dan jantungnya berdegup laju disaat mereka mendekati tempat dia berdiri.

‘Aish, kenapalah time ni juga Madam Sandra nak jumpa Rika. Rika, cepatlah tolong aku…’ suara hatinya berbisik. Laju langkahnya diatur ingin beredar dari situ namun, Sya dan gengnya yang seramai enam orang itu berjaya mengepungnya.

“Going somewhere nerdy?” Sya bertanya sinis.
“Ummmm, aku-aku kena pergi ju-jumpa cikgu, tumpang lalu.” Tergagap-gagap Mia ingin melepaskan diri dari situasi itu. Tangannya menolak bahu salah seorang dari mereka untuk keluar dari bulatan manusia itu.

“Woah, jangan nak lari, aku tak habis lagi dengan kau,” Sya menarik tangan Mia kasar, kembali ke dalam bulatan yang dibuat mereka. Mia kemudiannya dihempas ke dinding yang berdekatan.

“Aku tak faham apa yang istimewa sangat kau ni. Dahlah clumsy, hodoh, nerdy pulak tu.” Sesudah sahaja habis dia berkata, pipi Mia ditampar kuat. Mia menjerit, terkejut dengan tindakan rakan sekelasnya. Dia dapat merasakan bibirnya berdarah.

“Aku bagi amaran sekali je, jangan pernah sekali-kali dekat dengan Ken, dia hak aku. Faham?!” Sya menggertak.

“A-aku m-ma-mana p-pernah d-dekat dengan K-Ken.”

“Ikut jelah apa aku suruh, kalau tak aku buat lagi teruk dari ni…” belum sempat Sya habis berkata-kata, dia sudah dicelah oleh jejaka yang menjadi topik ‘perbincangan’ mereka.

“Cukuplah Sya, aku, Kenbi Hasawika, tak akan jatuh cinta dengan kau, Syaween.” Suaranya yang kuat itu menarik perhatian mereka. Bukan sahaja Ken, malah Rika juga berada di situ.

“Hah, kau tanya apa istimewanya dia? Dia lebih baik dari kau Sya, get that in your head.” Dengan setiap perkataan terlontar, Rika bergerak menghampiri mereka dengan mata tak lepas memandang Sya.

“Tell that to yourself, Mugblood.”

Rika tidak berkata apa-apa, dia hanya tersenyum sinis dan kemudiannya menarik Mia dari kepungan mereka.

“We will see about that, Shasterd.”

Ketika mereka berlalu pergi dari situ, Rika melihat ke dalam mata Ken.


‘Thanks, and good job I guess.’ Dia bercakap secara telepati. Ken hanya memandangnya tajam.

Sunday 13 December 2015

Dark's Love 18

“Laaaaa, Madam rupanya. Saya ingatkan siapalah tadi…” Rika merungut sebelum bergerak tersenyum kearah Madam Sandra lalu memeluk wanita ratusan tahun itu.

“Jadi, macam mana trip awak?” Madam Sandra bertanya lembut.

“All business, aren’t we? Anyway, trip tu okay and great. Saya jumpa Sir Qewrizz since day one, so that cut a lot of time.”

“Oh, that’s awesome, by the way, kamu baru tiada selama seminggu dan saya bagi alasan kamu ada hal di rumah. Pandai-pandailah kamu cover, ya?” dengan pesanan itu, Madam Sandra berlalu keluar dari pejabatnya.

‘Seminggu baru? Oh yeah, masa dimensi bergerak lain-lain. Apalah kau ni Rika.” Rika mengetuk kepalanya perlahan bersama senyum kecil.
__________

“Kau tak nak cerita ke apa kau buat minggu lepas?” Mia menjuihkan bibirnya sedikit.

“Ieeee, nope, peribadi la sayang… Dahlah juih tu, nanti ada orang fall kang,” Mia mengubah riak mukanya kepada menjeling Rika tajam.

“Siapalah nak fall kat aku ni Rika oi.” Mia mendengus perlahan sebelum berjalan laju sedikit dari Rika tanda merajuk.

‘Oh there is someone Mia, right Ken?’ kepalanya ditoleh ke belakang untuk melihat reaksi Ken. Seperti yang dia jangkakan, reaksi Ken amatlah priceless apabila jejaka itu terbatuk tak henti-henti dengan matanya terbeliak. Rika tergelak perlahan dan kembali mengejar langkah Mia yang makin laju.
__________

Mia menolak Rika melalui pintu kelas perlahan kerana gadis itu tidak henti-henti mengusiknya tentang secret admirer yang entah wujud entah tidak.

“Woitt, janganlah marah. Kalau aku jatuh kau juga yang susah tahu?” Rika membalas dengan menolak Mia ke depan.

“Apa-apalah makcik. Aku nak study!” Mia menjelir lidahnya ke arah Rika dan berpusing ingin menuju ke tempat duduknya. Langkahnya terhenti tatkala dirinya berlanggar dengan Ken.

“Arr, s-so-sorry..” Muka Mia berubah merah dan kata-katanya tersangkut-sangkut. Dia mengangkat wajahnya dan mendapati Kenbi Hasawika player sekolah berubah merah. Mia tergamam seketika sebelum bergegas ke tempatnya.

Rika yang tadi di belakangnya tergelak perlahan. Untuk itu, dia menerima tiga jelingan mata. Satu dari insan yang dekat di hatinya dan dua lagi dari mereka yang ditolak cintanya, atau kita boleh katakan empunya cinta tak berbalas. Gelaknya makin kuat.
__________

“Bro, kau apa kes? Pucat je aku tengok dari tadi.” Zack menumbuk perlahan lengan Ken yang sedang mengelamun. Soalan Zack dibiar tidak berjawab.

“Bro, aku rasa my secret’s out dan aku rasa sangat creepy dengan orang tu sekarang.” Ken meletakkan kepalanya di atas meja.

“Apa benda kau mengarut ni? Orang tu? Orang mana pula? Miana ke??!” Zack bertanya risau. Sebenarnya dia sudah tahu tentang perasaan Ken terhadap pelajar perempuan bermata empat di dalam kelas mereka.
“No, bukan dia…”matanya bertukar murung.

“Wait, mana kau tahu pasal benda tu?” Ken terus tegak duduknya menghadap Zack.

“You see bro, aku dah jadi roommate kau since we’re fourteen. Ain’t that something I should know just dengan tengok and perhati macam mana kau react bila Mia ada?” Zack mengangkat keningnya berkali-kali ingin mengusik.

“Diamlah kau, macam aku tak tahu kau ada something-something dengan budak baru tu.” Muka Zack bertukar tegang. Terus sahaja Ken gelak terbahak-bahak.


“You see bro, you’re not the only one paying attention kat benda macam ni. I could read minds, remember?” kali ini Ken pula yang bermain dengan keningnya sementara Zack hanya mencebik, tidak senang dengan usikan yang diterima.

Thursday 10 December 2015

Dark's Love 17

Setahun. Setahun Rika habiskan untuk menuntut kembali mantera dan kuasanya. Kini, dia sedang bersiap untuk merentas dimensi dengan bantuan ahli sihir yang telah bersamanya selama setahun, Sir Qewrizz.

“I’m gonna miss you so much…” Rika berkata perlahan.

“Awwww… Saya pun akan rindukan Cik princess juga.” Qewrizz membalas sebelum bergerak memeluk Rika yang sudah berair matanya.
“Hantar surat dekat saya kalau ada apa-apa berlaku. I will come here running,” air matanya dikesat sebelum tertawa apabila kini tuk gurunya pula yang berair mata.

“Okay, kali ni, saya pergi betul-betul so, janganlah nangis… Karang batal lagi pula.”

“Okay, okay…” Qewrizz melepaskan pelukannya sebelum menolak Rika perlahan kearah lubang merentas dimensi.

“Farewell, Sir. Farewell…” Itu adalah kata-kata terakhir Rika sebelum dia berangkat pergi merentas dimensi. Langkahnya, dijaga agar tidak menarik perhatian penjaga dimensi.

‘Kau kena lepas ini saja Rika, sebelum sesuatu berlaku.’ 
___________
“Awwwwwuchhh, gosh, kenapa kali ni lagi sakit dari yang lepas. Arghhhhh,” sambil cuba untuk berdiri, dia menggosok pinggulnya perlahan.

“Rika?” satu suara kedengaran.


‘Siapa pula tu? Aku harap bukan Mia…’ hatinya berbisik.
__________

Folksss~~ miss me? Kita rindu gila-gila haha XDDD short update, another one's coming midnight 14th December sebab result PT3 kita keluar hari tu hihi 
Dah konfem tak dapat 8A but i'm good heeeeeeee ^,^

Lupa nak cakap, posts yang lepas dah update.. Tak banyak yang berubah, just nak adjust bahasa je hehe oh, and please note that the country is Sferdstone ^^

Till then s2 <3

Saturday 21 November 2015

Thanks Note and Possible Update

hey!! kepada sesiapa yang menunggu, saya nak cakap yang saya sangat terharu, hampir nak nangis actually TT^TT ..

thanks for your support and i don't know whether you notice but the author email has change.. ada problem sikit pasal siapa admin blog ni.. blog ni hanya saya seorang je yang handle but saya ada macam berdozen akaun emel so dia agak messed up hehe ^.^"

big news, expect an update by the end of this year ^,^ kalau saya ada cukup masa, mungkin saya akan edit the whole dark's love kalau korang rasa sangat tak tahan dengan tahap kebudak-budakkan chapter2 yang dah publish sebelum ni.. sebab saya sangat tak tahan, it's so cringe-worthy may i say.. XPPPP

lagi sekali saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak!!! saya sangat terharu S2s2S2s2

till next time!!!!

lots of love

Saturday 28 June 2014

Dark's Love 16

Tubuh Rika menghempas lantai hutan sebaik sahaja dia memasuki dimensi dunia Haqwin 'World of Sorcerer'. Kesemua ilmuwan, cendekiawan dan pakar magis termasuk magis hitam berpindah ke sini selepas perang antara Black Royal dan Pearl Royal.

Atas sebab apa perang itu terletus tidak pula diketahui kerana dalam buku sejarah hanya menceritakan betapa perang itu menjejaskan negara, rakyat malahan pembangunan negara itu. Dia tidak dapat membayangkan jikalau dia wujud ketika itu. Mungkin dia sudah mati katak bersama kanak-kanak yang lainnya.

"Aucchh, nasib baik sempat lari kalau tak dah jadi korban aku agaknya." Rika merungut perlahan. Dia bangkit dan mula berjalan untuk keluar dari hutan tebal itu.

‘Kenapa la aku tak minta peta kat Madam Sandra tadi.’

Setelah setengah jam 'meronda' hutan itu, dia dapat melihat sebuah pondok yang agak uzur. Dia melangkah perlahan ke arah pondok itu dan menjengukkan kepalanya ke dalam pondok itu melalui pintu.

"Kamu cari siapa?" Hampir terlompat Rika apabila ada suara yang menegurnya dari belakang. Dia mengurut dadanya perlahan.

"Uhm, saya, uhm, saya..."

"Kamu cari Sir Qewrizz, kan?" belum sempat Rika menghabiskan ayatnya, orang tua di hadapannya terlebih dahulu memotong kata-katanya. Rika menganggukkan kepalanya. orang tua itu memasuki rumah itu.

'Macam mana dia tahu aku nak cari white and black magics possessor?' Rika berfikir sendiri, dia tidak lupa untuk mengawal fikirannya dari dibaca sesiapa.

"I'm the white and black magics possessor, PRINCESS." Rika membulatkan matanya.

'Patutlah dia tahu.' Dia berfikir lagi namun dia tidak mengawal fikirannya kali ini mengetahui tindakan itu sudah tidak berguna lagi. Lelaki tua di hadapannya ini tetap akan tahu apa yang dia fikirkan.

Lelaki tua itu berpusing ke arahnya membawa sedulang teko dan dua cawan antik. Dia menepuk kerusi di sebelahnya. Rika bergerak ke arah kerusi itu dan duduk. Lelaki tua itu mengisi kedua-dua buah cawan itu dengan air dari teko. Dia meletakkan cawan itu di atas meja kopi berdekatan Rika.

"Kalau pakcik dah tahu, bila saya boleh menuntut balik?" Rika tidak menunggu lama untuk menyuarakan hajatnya. Lelaki tua itu menggelengkan kepalanya.

"Apa maksud pakcik?!!" Rika meninggikan suaranya dan bangkit dari duduknya. Lelaki tua itu tersenyum nipis.

"Cik princess kena belajar bersabar dulu sebelum belajar those chants back." lelaki tua itu tersenyum sinis. Rika mengeluh perlahan.

"I've forgotten almost everything that happened in my life. Help me... PLEASE~" Rika menekan perkataan 'please'.


"Very much enough... Saya akan start esok… Bilik cik dah saya sediakan... Pergilah berehat, mesti penat lari dari 'pengejar nyawa' tu kan?" Kali ini lelaki tua itu tersenyum manis. Rika mengganggukkan kepalanya dan bergerak kearah bilik kecil yang disediakan oleh lelaki tua itu.